Blog for SmKaS Batch '93 - '97.. Sebarang pertanyaan / keahlian / kemusykilan, do not hesitate to email to amatmizi@yahoo.com
* Guest Online!
Amaran dari Blogmaster : Anda dilarang menggunakan nama samaran atau menyamar menjadi orang lain untuk berchatting di Tagboard dan meninggalkan komen. Sila gunakan nama betul atau nickname semasa di SMKAS. Fail to do so, message anda akan dipadam serta merta. Terima Kasih.
|
 |
POPO- The Emergency (Public Order and Preventive of Crime) Ordinance 1969 (also popularly known as the EO) is an antiquated preventive detention law that allows for arbitrary detention without trial. The POPO was originally drafted to quell the spread of violence and destruction after the May 1969 racial riots and is now used to detain and restrict the suspected gangsters and violent criminals. The POPO provides the police with the power to detain a person for up to 60 days in a police lock-up without the need to ever bring him before a magistrate or the courts. At the end of 60 days the Home Minister can make an order of detention for 2 years (which is renewable indefinitely) and the person is sent to the detention centre directly. Hence the POPO's provisions allow the authorities to detain individuals without any proper investigation, gathering of evidence or trial. It is a grave concern to us that all those detained under suspicion have not been charged in a court of law for any specific offences. There appears to be a trend by the police to use the POPO: a) to arrest those whom the police do not have enough evidence to charge in court b) to arrest those released by the court for lack of evidence c) to arrest young offenders to probably teach them a lesson d) to arrest those who are likely to become whistle blowers, if charged in court e) to arrest those whom the government wants to put away from the public domain for various reasons including public pressure. Regrettably there have been numerous cases when persons acquitted by the courts were rearrested and detained. This common practice is an affront to the system of justice and does not respect the findings of the court. It also has been a great challenge for the lawyers as the arbitrary nature of "POPO" was confirmed when many of the detainees were rearrested despite successful habeas corpus applications. In May 2005, 48 out of 56 emergency ordinance detainees released on habeas corpus petitions were arrested within days of their release on the same charges and without any additional evidence against them. In November 2004 over four hundred detainees went on hunger strike at the Simpang Renggam detention centre for 15 days to protest the conditions and length of their detention. The hunger strike sparked an uproar in civil society and raised many questions forcing government officials, political parties and others to react on the issue. Detention without trial is a gross human rights violation. It violates Article 9, 10 and 11 of the Universal Declaration of Human Rights 1948 and Article 8 of the Covenant on Civil and Political Rights, and the Federal Constitution, which guarantees due process and security of persons. There are sufficient criminal laws in the country to deal with all kinds of crime and offences to apprehend and prosecute offenders without resorting to "POPO". In the light of the increasing number of POPO cases and the related serious concerns, the Bar Council, the Legal Aid Centre and SUARAM have decided to hold a public forum. The main emphasis on this forum is to educate and create awareness amongst the public on the seriousness of "POPO" and to lobby for the repeal of "POPO". Therefore I am calling upon all my friends to join the public forum. Title of Forum : "POPO-THE OTHER ISA" Date : 26 August 2006 (Saturday) Venue : Bar Council Auditorium Time : 8.30am -1.00pm
Posted at Friday, August 18, 2006 by rezib
| |
Thursday, August 17, 2006 |
Our dearest Faizul involved in an accident on Tuesday 15-08-06. He was admitted to Pantai Medical Centre, Ward 227. Please pray for the best. Thanks. p/s: any query with regard to the above, please do not hesitate to call Rezib @ 0163037830
Posted at Thursday, August 17, 2006 by rezib
Assalamualaikum kawan2... Aku baru dpt tahu pasal ni last week.. Pada hari Ahad ni bersamaan 30th July 2006, kawan kita iaitu FARZIYAH MD RAHIM aka FARAH akan melangsungkan majlis perkahwinan beliau dgn suami tercintanya di : No 27, Jln Putra 1/20, Bandar Putra Segamat Tak salah aku dekat ngan Bandar Segamat Baru tu.. dkt ngan sekolah kot.. Dijemput sume utk hadir memeriahkan majlis.. Jumpe sume di sana..
Posted at Wednesday, July 26, 2006 by AmatMizi
Assalamualaikum warga Cakap Berapi.. Aku rasa semua dah tau, ahad ni ada majlis kawen Yanie & Sukor kat Segamat.. so dijemput sume untuk hadir lah ye..klu tak dpt pegi dis week, jom la ramai2 pegi next week kat umah Sukor plak, maklumlah umah Yanie & Sukor ni jauh.. kalau berjalan penatlah jugak kan.. Sama tarikh ngan majlis kat umah Sukor, ada majlis kawen Siti Hajar jugak.. so korang2 apelah salahnya lajak skit ke Felda Ayer Hitam Kluang.. singgah2 lah merasa nasik minyak dia ek.. Baru tau tadi..sama2 gak ngan Majlis Sukor & Hajar, Adibah Samiyah pun buat majlis kawen dia gak.. kat Kg Seri Paya..kat mana ntah, aku pun tak tau.huhuhuhuh..Berreunion la kita sume dis week & next week.. Jumpe korang semua di sana....
Posted at Wednesday, May 24, 2006 by AmatMizi
Doakan Kesihatan Muhammad Faris Khawarizmy
Assalamualaikum semua.. Last week, anak Usop & Melah telah dimasukkan ke wad ICU Hospital Kuala Lumpur atas sbb yg kritikal..Alhamdulillah, sekarang dah beransur pulih & dah dimasukkan ke wad biasa.. Kat sini, diharapkan korang2 dptlah doakan kesihatannya & semoga dia cepat sembuh..kalau nak melawat lagi dialu-alukan.. Nak melawat, call aku k..
Posted at Tuesday, May 16, 2006 by AmatMizi
| |
Wednesday, April 12, 2006 |
Biji-biji domino di Segamat, Sintuk dan Bukit Kiara
Tiga fasa yang utama dalam hidop saya adalah semasa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ugama Segamat (1993-1997), menuntut di Universiti Sintuk untok perengkat pra-U, sarjanamuda dan sarjana, serta menjadi kakitangan awam di INTAN, bukit Kiara sejak 2 January 2006. Semasa saya berada di ketiga-tiga institusi ini, saya berhadapan dengan tiga individu/badan penguatkuasa yang selalu dipanggil jaga, pak guard dan macam2 gelaran yang memberi makna yang lebih kurang. Walaubagaimanapun, jangkaan saya salah semasa saya cuba menyamakan jaga-jaga ini dengan "homeguard" yang wujud semasa zaman British yg bertujuan mengekang anasir kominis.
Di sekolah agama saya di segamat, jaga sekolah saya bernama Omar. Sama ada beliau sadar atau tidak, kami gelarkannya JAGA OMAR. Sama seperti kami memanggil guru-guru dengan meletakkan profesion mereka dihadapan nama mereka yg kami panggil seperti "ustat riduan", "ustat rahman", "ustazah supini" dan "ustazah zawahel". Oh ya, pada waktu malam, beliau menjadi jaga, manakala sebelah siang beliau memandu van sekolah di sekitar kg Lubok Batu dan Pogoh. Namun saya tak pasti sama ada disebelah siang beliau digelar "pemandu Omar" atau tidak?
Jaga Omar memberi kesan yang bukan sedikit kepada kebanyakan pelajar sekolah ugama saya, terutamanya pelajar putera. Beliau juga dikatakan "mempunyai ilmu". Bukan kerana kajian ilmiahnya di'publish' olih Sage Publication atau Oxford University Press, tetapi mempunyai ilmu2 mistik. Satu cerita disekolah yg bersebelahan dengan sekolah vokasional ini, ada pelajar yang nampak beliau di pintu pagar masok sekolah, dan pada masa yang sama ada yang nampak beliau membuat rondaan disekitar ASPURA yang melahirkan pelakun drama melayu cerita kangkung Fahrin Ahmad, penyanyi nasyid INTIM dan pengerusi ehwal islam ini. Maka terbitlah kisah2 misteri jaga omar.
Beliau juga nampak berkuasa lebih dari sesetengah warden. Kekerapan beliau mengantolkan pelajar "fly" dan tidak turon prep malam adalah lebih kerap dari warden bertugas sendiri. Jadi beliau lebih dikenali sebagai polis yg mengawal pelajar-pelajar didalam sekolah. Padahal, sepemahaman saya pada masa itu, saorang jaga tugasnya adalah mengawal keselamatan sekolah dari dimasoki maleng atau pencuri. Tetapi sekolah kami kerap juga didatangi olih pelajar2 dari sekolah vokay sebelah. Pada masa yg sama, jaga Omar tidak mampu menangkap penceroboh ini (sekolah ugama & sekolah vokay ini mempunyai hubongan diplomatik setelah semua lampu dorm dan AJK biro disiplin tidor!!). Beliau hanya berjaya menangkap pelajar yg "fly" keluar, tetapi gagal menangkap orang yang "fly" masok.
Saya mula menyimpulkan, tugas jaga Omar, bukan untok mengawal sekolah kami dari diceroboh, tapi memastikan kami tidak keluar "fly" sahaja. Apa yg lebih malang pengetua silih berganti, tetapi mereka tidak sedar tentang jaga omar yg sudah melencong dari tugas hakiki beliau menjaga keselamatan sekolah ugama ini.
Saya terlupa tentang jaga Omar semasa saya di Universiti sintuk. Bukan kerana sebok dengan tugasan pelajaran atau aktiviti anak angkat anjuran universiti. Saya terlupa jaga Omar kerana saya sebok memikirkan tentang kisah hidop saya yg masih dibayangi olih jaga. Tetapi di universiti Sintok, jaga digelar UK iaitu akronim untok Unit Keselamatan.
Seperti dalam Akta AUKU versi universi sintuk, pelajar hanya bolih membawa motor yang cc-nya 100 dan ke bawah seperti EX5,yamaha sport dan skuter v100. Peratoran ini memberi masalah kepada saya kerana saya menggunakan jentera buatan itali tahon '76 150cc. Akibatnya saya sering diganggu pakcik-pakcik UK terutamanya apabila pulang dari PMC (akronim untok Pasar malam Changloon) pada petang Rabu.
Sehingga artikel ini ditaip, saya masih ragu-ragu tentang kepentingan memileki motor yang ber'cc' rendah dengan aspirasi universiti melahirkan graduan dalam jurosan pengurusan yang bertaraf dunia. Apatah lagi faktur muka bumi di sintok tersebut agak berbukit-bukit amatlah tidak sesuai dengan motosikal berkuasa rendah. Saya rasa penggubal undang-undang ini telah berdosa kerana menyusahkan berpuloh ribu siswa siswi unibersiti sintuk.
Lebih teruk jentera saya tidak mempunyai "road tax". Sekali lagi, saya dalam dilema apabila disaman UK atas kesalahan tidak mempunyai cukai jalan. Saya tidak terkejut malah akan rasa biasa-biasa saja sekiranya saya disaman polis trafik atau JPJ. Saya pening sama ada untok membayarnya di pejabat unit keselamatan (UK), universiti sintuk ataupun di pejabat JPJ cawangan Kedah di Alur Star. Nah.. UK di universiti sintok mempunyai persamaan dengan jaga Omar di sekolah ugama segamat. Kedua-duanya sebenarnya kurang berminat menjalankan tugas hakiki untok menjaga keselamatan pelajar sekolah dan universiti yang dijaga.
Dalam fasa ketiga hidop saya iaitu bekerja di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) bkt Kiara, sekali lagi hidop saya tidak tenteram. Baru-baru ini ketika sedang bermain tenis dengan tiga orang rakan, kami didatangi olih pengawal keselamatan INTAN. Beliau bertanya tentang sama ada kami sudah menempah gelanggang tersebut atau tidak. Saya tidak bolih bermain tenis dengan baik lagi pada waktu ini. Saya jenuh memikirkan apakah relevannya tentang seorang pengawal keselamatan menyibuk-nyibuk bertanya tentang gelanggang tenis.
Saya sebagai lulusan bidang pengurusan sumber manusia, saya pernah belajar tentang deskripsi tugas (job description), job specification dan job function. Saya tidak nampak apa-apa kaitan antara pengawal keselamatan dengan gelanggang tenis. Apatah lagi, INTAN mempunyai pegawai-pegawai sukan yang mencukupi. Pegawai-pegawai sukan di mana-mana planet pun saya pasti tidak berminat untok menjadi jaga yang menghantui hidop saya selama ini.
Sama ada jaga omar di sekolah ugama segamat, UK di universiti sintuk mahupun pengawal keselamatan INTAN, saya masih bingung apabila memikirkan tentang mereka. Terlalu misteri dan komplikated. Saya gagal memahami mereka atau mereka gagal memahami saya atau mereka gagal memahami tugas mereka sendiri?
Saya cuma melihat persamaan jaga/pengawal keselamatan di ketiga-tiga buah institusi ini dengan teori domino semasa era zaman kominis yang melanda Asia tenggara. Teori tersebut menyatakan apabila kejatuhan kominis di utara asia tenggara di IndoCina (Burma, Laos & Kembuja) akan mengakibatkan kejatuhan kominis di Siam, Tanah Melayu dan pulau singapura. Seperti buah domino, apabila satu kepala jatoh, maka ia akan menghempap buah domino disebelah sehingga habis buah domino lain jatuh. Namun, saya tidak lah berhasrat melihat jaga-jaga/pengawal keselamatan akan jatuh seperti buah domino. Saya cuma berharap dapat mengubah persepsi saya tentang mereka-mereka ini dengan biji-biji domino.
Dan saya tidak akan berhenti berfikir untok mengetahui sama ada faktor kekurangan minat mereka menjalankan tugas asas mereka berkaitan dengan Perdana Mentri dan Timbalannya. Mungkin pengawal keselamatan mahu memegang lebih banyak port folio. Seperti Ayahnda dolah bedawi menjadi menteri keselamatan dalam negri dan menteri kewangan dan Najib tun razak menjadi menteri senjata dan perang. Ya.. saya akan terus mencari jawapan bagi merungkai masalah yang menghantui saya sejak tahon 1993 ini...
p/s artikel yang sama ini saya paparkan di blog rakan2 universiti sintuk batch 1999
Posted at Wednesday, April 12, 2006 by pekji
yo whazzup bro!!!!!!!akhirnya aku jadi jugak registered user setelah sekian lama aku mengemis ngan amat hehe sori la mat saje je...chow
Posted at Thursday, March 30, 2006 by topex
|