Blog for SmKaS Batch '93 - '97..
Sebarang pertanyaan / keahlian / kemusykilan, do not hesitate to email to amatmizi@yahoo.com


* Guest Online!

Amaran dari Blogmaster :
Anda dilarang menggunakan nama samaran atau menyamar menjadi orang lain untuk berchatting di Tagboard dan meninggalkan komen. Sila gunakan nama betul atau nickname semasa di SMKAS. Fail to do so, message anda akan dipadam serta merta. Terima Kasih.
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30




[categories]


Alumni Contact Details

Registered Friends::.
Our Batch

AmatMizi Yaakop
NurHanani
Shahrin Cabin
Shukor Khalid
Mustopot Kamal
ZaLeyha Yazid
Zamri Lanz
Kaymariah
Saiful Atok
Zazalie Zin
Rezib Mohamed
Yusliza
Paijoe Nasir
Khairun Bob Zairee
Khairul Aca Azit
Ain
Tahril Mestor
Hairul Penchu IDZuan
Salekhudin Iki
Achik Salmi
RohasLienda
Pekjisme
Shaifussaleh
Hadila A'A
Siti Hajar
Hefney Saibon
Saufi Awalok
Ojaliah
Topek Hidayat
EmiliYaYa
NorMala
Yusop Abdullah
RaMelah Talib
Zairul
Yan Fazahiyah
Suryati Yasin
Anep Ahmad
NurshahrIjan Kecik
Abdul Rahim Osman
NuyulAnuar Hussin
Helmi Guntur
Nur Yahaya
Galak

Other Batch

Najib Wahed
AnadiaTasya


Support Our Friend's Business::.
Iki Jual Tudung
Andaman En Nurul
Kedai Kek & Coklat Pn Ramlah
Galeri Fesyen Yaya Spicy

Links::.
Album Gambar
Circles SMKAS
Laman Rasmi SMKAS
Blog SMKAS
X-SMKAS
SegamatUnite
Ntmtts
Senior 88-89
Senior 88-92





  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



     
    Monday, November 02, 2009
    Sekitar Majlis Perkahwinan Yusliza Md Nin
    Sementara menunggu En Pekji habis entertain kawan-kawan dia dari Timor Leste dan seterusnya dapat menyambung kisah benar yang kita nanti-nantikan, kita layan entry ini dulu.

    Inilah pemenang ketiga Awek Paling Innocent kat SMKAS. Dah kahwin dah dia rupanya. Enjoy the pictures. Saya cilok dari Friendster dia. Ye betol Friendster. Kalau dia rajin Facebook, mesti Kak Melah dah tau awal-awal dah.






    Happy Btol..yela mana ada orang kawen yang tak happy kan... Anyway,

    'Selamat Pengantin Baru' & Semuga Kekal Hingga ke Syurga Pn Yusnin & Suami...

    P/S : Diharap sesiapa yang tahu details dapat bagitau di ruangan komen.

    Posted at Monday, November 02, 2009 by AmatMizi
    Ha! Ada (1) org tak puas hati  

     
    Tuesday, October 27, 2009
    GENG PERASAN KUAT

    “Ishhh… korang jangan buat gila. Malam ni saper mangsa kita ni? Biar betul kita sebagai gangster budak putera takde orang kita nak pukul. Baik jadi ulat buku macam Washid Isnin. Abis jahat pun pow ration budak”. Kata Sniff pada gua.

    “Tu la, gua dah bosan dah belasah budak mamak tu. Macam dah takde rasa…Dah tu, tiap2 minggu sebat dia. Kaki Nurul pun dia dah cium”, kata Amat pulak menyerlahkan kedurjanaan beliau.

    “Betul jugak tu. Nanti saya fikir. Sape nak kena hempuk…..” kata gua yang berbudi bahasa.

    Benda yang jahat memang ilhamnya cepat. Kalau nak suruh gua atau Penchu hafal karangan arab 'inhilalul akhlaq baina syabab fi malizia' tu memang lah lambat...

    “Eh, budak xxx ni tak kena lagi. Dorm Khaldun. Boring gak asyik port kat Dorm Shafii je. Dah la ketua Dorm dia Rezib. Langsung tak kaki pukul. Gua dengar mamat ni merembat duit. Betul tak betul, blakang kira” (INI GUA KONFERM, IDEA DARI SNIFF NAK PUKUL MAMAT NI).

    "Takpe, biar saya buat cerita, duit yang dia rembat tu duit Kadet Bomba. So, secara automatiknya, ada lah alasan kita malam ni", kata gua selaku Pengurusi Kadet Bomba.

    *****

    PAda masa kejadian lebih kurang pukul 1 atau 2 pagi, lanun-lanun yang perasan kuat menyerang masuk dorm Khaldun. Memang la rasa kuat, tujuh lawan satu. Gedebak gedebik gedebuk.

    Madon - tumbuk ceduk.

    Pejal - setan dah masuk badan

    Penchu - macam main takrow

    Amat - hikmat dua belah tangan

    Sniff - gaya serve voley ball tak masuk

    Icut - gua dah lupa

    Pekji - kasut Vans

    *****

    Keesokan harinya, lepas sembahyang, Jenal buat announcement. Sape yang terlibat, sila megaku dekat Hares (sudah aruah) atau Fuad Ghani (belum lagi).  Masa ni gua dah terasa akan kegelapan dunia SMKAS.  Lebih gelap dari kehitaman Abg. Guna pembantu makmal.

    Rupa-rupanya mamat yang mangsa tu dah lari balik rumah. Rumah di Labis. Tapi sama ada mendapat rawatan pesakit luar oleh En. Mat Jais (bapak Snifff / atuk Haikal) di Klinik Labis, tidak juga dapat dipastikan.

    *****

    Untuk mengekalkan kepailangan kononnya, kitorang mengaku dengan Fuad di depan stor merangkap bilik sidai kain sebelah dorm Syafii. Stelah berbincang secara muhabalah antara kami, kami memilih Fuad sebab Fuad yang rasanya lebih bertolak ansur memandangkan Fuad ni kadang-kadang kawan dengan Syukor yang boleh tahan juga jahatnya.

    Saya masih ingat, kami mencadangkan supaya Penchu dicover oleh Fuad Ghana, tapi dia buat2 taktau je. Maklum la, Penchu ni Ketua Biro Sukan, dah tu pernah kursus bende ntah anjuran UKM. Memang nasib penchu lah elok-elok pakai seluar putih, pakai seluar hijau semula.


    Bersambung...

    (Tentang kehidupan kami selepas kes ini)

    Posted at Tuesday, October 27, 2009 by pekji
    Ha! Ada (12) org tak puas hati  

     
    Monday, October 19, 2009
    Selamat Datang ke Dunia II
    MMS dari Yan,



    Salam. Yan dh selamat melahirkn baby boy 3.72kg normal pd 10/10/09 jam 6.21pm.

    Doakn kami sihat n baby menjadi anak yg soleh..

    -Noorzehan Fazahiyah binti Mohd Shab


    Posted at Monday, October 19, 2009 by AmatMizi
    Ha! Ada (6) org tak puas hati  

     
    Sunday, October 18, 2009
    Keputusan Undi Suka-Suka 16
    Setelah berapa lama terperap akhirnya undi suka-suka kali ini terpaksa ditulis oleh saya, dek kerana kesibukan En. Amat kita dengan kerjayanya ataupun kesibukan berjaga malam dek penangan anaknya yang suka bangun bersahur pada pukul 3.00 pagi, maklumlah lahir ke dunia ketika orang lain sibuk berpuasa. Undi suka-suka kali ini mencari awek paling innoncent yang sudah tentulah saya tidak akan tersenarai sama sekali, begitu juga saudari Shamsiah sebab sudah tentulah dia menjadi awek paling hot. Apa "barang" pulak dah jadi paling hot nak bertukar kepada innoncent pulakan?

    Sebab utama lagi satu En. Amat tidak menulis kali ini kerana dia tidak pernah mempunyai skandal dengan awek-awek tersebut hingga tidak membolehkan dia membuat deskripsi yang tepat mengenai awek-awek tersebut….untuk itu sebagai dasar kawan yang suka membuat komplot bersama, terpaksalah saya terima tugasan kali ini dengan istilah "paksa rela" sebab En. Amat turut memberikan saya dateline untuk menghantar tugasan kali ini…kalau dia yang buat takde pula bebudak lain yang berikan dia dateline, sungguh tidak adil En. Amat ini…

    Beberapa nama pelajar puteri telah dicalonkan, dan tentunya mereka memang telah termaktub akan keinnoncentannya berdasarkan beberapa ciri iaitu:
    1.Turun tangga untuk pergi ke library sudah tentu sama sekali tidak akan memandang kelas 5/1.
    2. Tidak akan bertenggek di koridor kelas pada hari Jumaat semasa bebudak lelaki pergi solat jumaat.
    3. Tidak perlu berasa berdebar-debar samada akan ada surat atau tidak di dalam meja masing-masing pada pagi isnin.
    4. Yang penting tak perlu takut, Ustaz Zainal panggil nama untuk sessi bersanding samada bersanding berdua, bertiga dan paling sadis berempat (aku tak pasti ada @ tidak 4 orang…engkau 3 orang kan Mat?).

    Dan yang penting, mereka semua memang jenis yang bersopan santun….Dan untuk itu, pemenang-pemenangnya adalah seperti berikut:-

    Johan keseluruhan – Izyani Yusof @ Iz @ Izyani
    • Merupakan salah seorang pelajar kelas 5/3 yang memang terkenal akan sifat pendiam dan pemalunya….
    • Tidak pasti siapa kawan baik kerana kadang-kadang turut 'join' sekali kumpulan Emo (IzmaFaizu) untuk makan, tidak seperti saya mesti makan bersama ahli kumpulan, kalau tidak akan merasa tercekik nasi di tekak sebab tidak boleh bergossip…
    • Tidak silap saya merupakan antara pelajar cemerlang Bahasa Arab di kelas 5/3.Melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia, sudah tentulah dalam bidang pendidikan…
    • Sekarang menjadi "ustazah" di salah satu sekolah di Johor

    Naib Johan – Suryati Md. Yassin
    • Seorang lagi rakan kelas 5/3 yang berjaya dalam undi suka-suka kali ini.Merupakan Ketua Biro Dakwah suatu ketika dahulu….geng Paijo ni…
    • Nani n the gang suka tidak puas hati dengan apa yang dicakapkannya…(betul tak Nani? Aku pun termasuk sekali….minta maaf Su)
    • Merupakan pelajar puteri yang paling awal mendirikan rumahtangga…Turut merupakan geng Izyani menjadi "Ustazah" di salah sebuah sekolah di Terengganu

    Tempat ke-3 : Yusliza Md. Nin & Noriah Nordin
    • YusNin merupakan Ketua Kelas 5/3, manakala Nong merupakan puteri kelas 5/4.
    • YusNin merupakan pelajar yang sangat pendiam tetapi tegas, almaklumlah dia kan Ketua Kelas…apalagi nak mengawal kelas 5/3 yang tekenal dengan tittle "pasar malam" nya…Nong pula, memang pendiam dan merupakan satu dorm dengan Puan Noriah Asmui kita…sesuai sangatlah tu, seorang pendiam dan seorang lagi, sungguh "havoc"
    • Saya tidak pernah berjumpa dengan YusNin semenjak tamatnya periksa SPM, dan saya memang sudah putus perkhabaran dari dia….mungkin pelajar2 puteri di Johor tahu mengenainya.
    • Nong pula mendirikan rumahtangga bersama salah seorang pelajar putera di kelasnya, iaitu "Atok", so kalau nak tahu kisah Nong, sila tanya suaminya sahaja….
    Itu sahaja serba sedikit yang saya boleh huraikan mengenai rakan-rakan "innoncent" saya, disebabkan faktor  masa yang menyebabkan saya tidak mengingati sangat peristiwa-peristiwa masa sekolah dahulu, lagi satu mereka di atas sangat bersopan santun dan tiada rekod jenayah yang dilakukan semasa di sekolah dahulu…..Akhir kata, kepada pemilik nama-nama di atas, minta maaf andai terasa hati dan untuk kawan-kawan yang membaca, jangan kutuk cara penulisan aku yang ala-ala "innoncent" ni…..


    Yang tak berapa innocent,

    Ramlah Talib


    Posted at Sunday, October 18, 2009 by AmatMizi
    Ha! Ada (11) org tak puas hati  

     
    Saturday, October 17, 2009
    Selamat Datang ke Dunia I
    SMS dari En Penchu,

    'Tepat jam 10.27am isteri saya yang tercinta selamat melahirkan puteri sulung kami. Ibu & baby selamat.'

    Tahniah kepada En. Penchu & Wife..semuga rezeki bertambah & siap sedia lah berjaga malam..
    Kira baby raya la nih, syawal tak abes lg..


    P/S : Gigit jari jelah Dz...


    Posted at Saturday, October 17, 2009 by AmatMizi
    Ha! Ada (11) org tak puas hati  

     
    Friday, October 16, 2009
    Open House Lagi!!
    Assalamualaikum & Selamat Hujung2 Raya

    1. Jemputan Rumah Terbuka En. Yusoff Abdullah & Pn Ramlah Talib :
    Tarikh : 17/10/09 (Sabtu)
    Masa : 2.00 pm - 6.00 pm
    Alamat : No.12, Jln 4/12k, Seksyen 4 Tambahan 43650 Bandar Baru Bangi
    Tel : Usop - 0172922990, Melah - 017 2466300


    2. Jemputan Rumah Terbuka Pn Emilia Solikin (Yaya Ori)
    Tarikh : 18/10/09 (Ahad)
    Masa : 12.00 pm - 10.00 pm
    Alamat : L-2-1, Blok L, Jln 2/6, Tmn Setapak Indah, KL
    Tel : 012 6353897

    Semua dijemput hadir menghabiskan makanan...

    TQ


    Posted at Friday, October 16, 2009 by AmatMizi
    Ha! Ada (9) org tak puas hati  

     
    Friday, October 09, 2009
    Keputusan Undi Suka-Suka Special
    Setinggi -tinggi penghargaan diberikan kepada Encik Tuuut yang sudi sponsor sebahagian portion semasa Majlis Berbuka Puasa di BGR tempoh hari. Juga tidak lupa Puan Melah yang sudi organise majlis tersebut.

    Tidak ketinggalan YDP & NYDP CakapBerapi Caw JB iaitu En. Iki Dollah Kakag Kue juga En. IDZuan Penchu yang menjadikan Majlis di JB sesuatu yang sungguh bermakna.

    Tiada apa yang boleh kami berikan kecuali ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Terimalah Pingat Darjah Kebesaran Johor ini sebagai kenang-kenangan.. disampaikan oleh Abang Sanip yang duduk di Pontian.



    Terima Kasih sekali lagi...


    Posted at Friday, October 09, 2009 by AmatMizi
    Ha! Ada (5) org tak puas hati  

    Next Page