Pada 5hb September yang lepas telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa Ahli ForumCakapBerapi di Bangi Golf Resort, Bangi Selangor. Kemeriahan Aidilfitri yang lebih kurang 2 minggu lagi amat dirasai setelah dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang lama terpisah. Ada yang hampir 16 tahun tak jumpa tu. Ada yang dah besar, ada yang makin besar, ada yang makin kecik dan bermacam-macam lagi.
Sama-sama kita nikmati kemeriahan pertemuan tempohari...
1. Venue Majlis kali ini dicadangkan sendiri oleh En Yusoff setelah ayat-ayat pancing saya untuk menjadikan rumah beliau sebagai Venue dapat dikesan. Pandai juga beliau memilih tempat yang dekat dengan rumah beliau. Ada juga rakan yang rumahnya laaagi dekat dengan BGR ni, tapi setelah tambang Teksi, RapidKL dan RON 95 naik, mungkin mereka berfikir 3-4 kali kot untuk datang ke sini.
Sayalah Kak Melah. Sila beli kuih raya dengan saya.
2. Harga Buffet di sini adalah RM45.00 seorang, tetapi kami hanya membayar RM20.00 sahaja seorang. Mana dapat discount banyak sangat tuh? Semuanya di sponsor oleh En Tuuuuuut. Terima kasih bebanyak kepada beliau. Tahun depan Puan Tuuuuut plak yang sponsor. Terima kasih juga in advance.
3. Saya tidak pasti siapa yang datang paling awal sebab saya antara yang terlambat. Tapi yang pasti Cik Oja adalah orang yang paling lambat sampai. Tapi kira oklah dia jauh dari Puchong, naik teksi plak tu. Orang yang dekat naik basikal pun bleh sampai tapi tak sampai-sampai juga.
Oja : Aku memang makan sket je Melah. Ko tak perasan ke aku dah kecik sket.
Melah : Yelah Oja, ko kawen nanti ko tau la...
4. Kehadiran pada malam itu adalah yang paling memberansangkan setakat ini dengan dihadiri oleh En. Usop & Pn. Melah, Pn. Yaya & Family, Pn. Linda & Family, En. Peni & Pn Emo, En. Zahan & Family, En. Asang & Family, En. Amat & Wife, En. Bob & Tunang, En. Pekji & Cik Arfa, En. Rezib & Cik Yaya, En. Paijo, En. Bawang, En. Guntur, En. Zairul, En. Shai Jambu, En Nurul Anuar dan En. Pejal.
5. En. Shai adalah orang terakhir yang bagi confirmation untuk datang. Sepatutnya dia perlu membayar RM45.00 mengikut pengumuman awal tetapi beliau bernasib baik kerana beberapa rakan kita tidak dapat hadir walaupun sudah membuat confirmation. Lagipun, kalau tak bagi discount, nanti beliau merajuk pula. Tak kuasa mak nak pujuk nyah.
Shai : Ko nak bagi discount ke tak Mat? Aku merajuk karang, aku merajuk nih...
Usop : Ala rilek la Shai, ko jgn la Jambu sgt, getik aku nak melayan ko nih...
6. Kira ok la tuh En Shai bagitau last minute pun tapi dia datang gak. Dari JB naik bas lagi tu. Selain En Shai, En Pejal juga datang terus dari JB, tapi setelah beliau menghadiri kelas di UTM Semarak baru beliau datang. Semangat macam ni lah yang kita mahukan. Ini barulah Form Four! <--(Bak kata Abe)
7. Ada beberapa orang yang tidak dapat datang dengan sebab-sebab yang tertentu. Mungkin mereka tak aware yang jika sudah membuat confirmation, mereka perlu datang kerana En Tuuuut telah pun membayar bagi pihak mereka (telah dinyatakan dalam announcement) . Mungkin mereka ingat Majlis ini macam Majlis Kahwin yang mereka boleh tak datang walaupun dah janji nak datang. Bukan duit yang hendak di highlight kan, tapi participation & commitment. Itu yang paling penting.<-- Emosi la pulak
8. Special Menu pada malam itu antaranya Kambing Panggang, Gulai Ikan Patin, Steamboat dan Nasi Briyani. En Asang sudah pastilah 5 - 6 kali ulang ambik lauk, En Usop pulak 5 - 6 kali ulang kejar anak dia.

Pejal : Joe, ko agak2 dorang perasan tak klu aku beratur amek nasik lagi?
Paijo : Takdelah Jal, aku ni dah 2nd round dah ni...
Asang : Ala Beb, aku ni nasib baik anak aku tak nak lepas, klu tak dah masuk 5 round dah.Buat mcm biasa je.
Usop : Aduih.. ceruk mana la anak aku sembunyi nih.
Shai : Makan jelah, dah bayo tuh..Dia tak kasik ko merajuk je Jal..
9. Hanya keluarga En Usop sahaja yang mengikut tema Hari Raya pada malam tu. Yang lain-lain lebih kepada tema hari krismas.
10. Selain makan & mengumpat, kita juga dihidangkan dengan ceramah-ceramah jualan langsung dari Pn Melah yang menjual pelbagai jenis kuih raya & coklat, Pn Yaya yang menjual pelbagai jenis gelang dan minuman kesihatan serta En. Nurul yang sibuk mempromosikan Butik Andaman beliau. Sungguh berdaya maju rakan-rakan kita. Semangat macam ni lah yang kita mahukan. Ini barulah Form Four!! <--(Bak kata Abe lagi)
Nurul : Belilah Coklat buatan Melah, dijamin sedap. Amacam Oja, ok tak Mak jadi Model..
Oja : Ok la sgt, naik marah aku dengar. Bak sini la coklat tu, bkn sng nk dpt free nih...11. En. Pejal pada mulanya agak kesunyian kerana sparring partner beliau iaitu En. Ichut tidak turut serta. Beliau sempat juga menelefon En. Ichut bertanyakan khabar & sebab mengapa dia tidak turut serta. Jawapan En. Ichut, " Aku ingat dah lepas dah... hari ni ke??" <--- Cipun betul En. Ichut.
Pejal : Chut, ko kat mana? Aku nak belasah budak ni. Nak join?
Paijo : Ala bro, rilek la. Malam masih muda. Kita minum dulu...12. Bayangkankan situasi ini...
Dia duduk di meja itu bersama isteri dan anaknya. Bersama-sama mereka adalah keluarga Pn. Linda & juga satu keluarga yang dia tidak kenal. Dia dan isterinya adalah pelajar SMKAS dan mereka berdua tidak mengenali langsung pasangan itu.
"Abg, orang sebelah kita ni budak SMKAS ke? Ayg tak kenal la..."
"La, Abg igtkan Ayg kenal, kan Abg kat SMKAS sampai form 3 je.."
"Ish, tak kenal la Ayg, wife dia bkn budak SMKAS. Husband dia pun bukan kot.. Ayg tak kenal sangat budak laki ni, Ayg kenal ZxxxE je dulu."
"Diorang salah meja kot. Takpelah biar Abg tanya."
---
"Ehem..assalamualaikum. Tanya sket boleh.."
"Ye Peni, kenapa?"
"Eh ko kenal aku? Ko sapa ek"
"Aku Zahan la..ko tak kenal ke"
"La..ko ketua kelas aku si Zahan yang senyap sambil lukis peta tu ke? Apsal ko tak bgtau.."
"Ala aku kan pendiam, ko paham-paham la..."
*Ayat direka dan ditokok tambah untuk menyedapkan cerita
Ayg : Tula Abg, banyak sangat makan semut. Ketua Kelas sendiri pun lupa
Abg : Ala Ayg, kalau pompuan tu Abg igt la. Ni laki susah sket la...Abg tgh kontrol malu ni..
13. En Zahan telah banyak berubah fizikalnya. Seperti span kembang. Tetapi beliau masih lagi pendiam seperti dulu. Anak beliau mungkin tidak mewarisi sifat pendiam beliau kerana anak beliau sangatlah aktif. Mungkin belum masanya lagi.
Zahan : Ko betul ke kenal aku ni, confuse plak aku tgk
Peni : Kenal la.. aku dulu selalu pow makanan ko dgn Bob n Amat..
14. En. Rezib datang pada malam itu bersama dengan seorang Awek Hot yang kalau tengok 5 - 6 kali rasa macam pernah kenal je. En. Rezib yang sedang menyambung pengajian Master (black belt kaler kuning) juga sudah semestinya hot. Bekas Ketua Kelas 5/1 ini datang dengan memakai seluar Hijau pekat yang begitu menarik perhatian lebih-lebih lagi kepada mereka yang kaki jaki seperti En. Shai & En. Pejal. Berani sungguh beliau tampil dengan menyerlah sebegitu. Seingat saya, orang lain yang seberani En. Rezib ini adalah En Kenol kerana beliau berani memakai baju hijau flouresent itu kemana-mana. Cayalah korang.
Pejal : Shai, aku chop dlu seluar Rezib nih..
Shai : Ek eleh ko, aku dah ckp dgn Rezib la tadi.. Nak jugak, aku merajuk karang..15. Awek Hot En. Rezib itu adalah rakan kita yang sempat belajar di SMKAS selama beberapa bulan je semasa Form 1 kerana dapat offer dari MRSM (Bob pun dapat offer gak tapi di tolak). Beliau adalah Nur Yahaya yang telah menjadi Cik Yaya. So batch kita sekarang dah ada 2 Yaya. Yaya Ori & Yaya Spicy.
Nurul : You nak petua tak? I banyak nak bagi petua ni...
Yaya : Err... petua apa ek? Ke you yang nak petua I?
*Hahahaha..aku tergelak masa menulis ayat nih..16. Cik Yaya pada mulanya beranggapan yang Cik Nurul Anuar ini adalah rakan lama kita iaitu En Md. Nurul Huda. En. Rezib terus memperlekehkan beliau dan mengatakan yang En. Md Nurul Huda adalah anak Ustaz. Mana mungkin bertukar menjadi Cik. Tetapi, Cik Nurul Anuar professionnya adalah seorang Ustaz. (dlm bahasa Arab adalah Guru) manakala En. Shai memang seorang Ustaz (ajar Pendidikan Islam).
17. En. Helmi Guntur yang datang seorang malam itu kelihatan asyik mengusar Cik Yaya sahaja. Mentang-mentanglah masih single. En. Asang kalau masih single pun jeling jugak kot. Takde plak dia nak menjeling pada Cik Nurul.
Guntur : Ehem..nak tegur ke tak nak nih ek..
Yaya : Em... tegur lah, tegur lah...18. En Bob Katak dah tak macam katak sangat, tapi dah macam badak. Kalau tukar Bob Badak pun mesti ramai yang setuju. Tapi beliau masih seperti dulu, bercakap laju macam rapping. Tau la rappers. Gabungan beliau dengan En Amat hampir saja menjadikan The PSB bergabung kembali cuma sahaja masing-masing dah macam badak. Bus Station Bus Station Ho ho..
Rezib : Babe, u tak rasa ke yang bf u ni beso nak mampus.
Awek Bob : Ada gak rasa sket2, tapi takpelah. Dia sayang I
Bob : Ish...nampak kecik je Rezib ni... ke aku yang beso sgt?19. En. Amat pada tahun ini menggantikan tempat En. Zairul pada tahun lepas dengan membawa isteri beliau yang sedang sarat mengandung menghadiri majlis ini. So far setakat entry ini ditulis, isteri beliau belum bersalin lagi. Tapi adakah En Amat akan kurus pada tahun depan? Lihat lah jawapannya pada En. Zairul.
Amat : Aku bukan apa, anak aku mengidam kambing golek tu ha
Wife Amat : Anak la sangat... bapak dia yang lebih-lebih
20. En Zairul datang solo malam itu. Wife beliau kerja katanya. Jadi bolehlah beliau join meja bujang. Selain menjadi photographer tak rasmi malam itu, beliau juga menjadi penambah perisa kepada cerita-cerita En. Rezib selain En. Bawang & En. Paijo.
Zairul : Aku bujang arini...
Asang : Aku pun buat-buat bujang gak ni...eh aku sorang ke yg makan21. En Paijo pada awalnya ingin berpakaian baju melayu lengkap tetapi menukar fikiran pada saat-saat akhir. Jika tidak dapatlah kita lihat pengapit Topek ini segak bergaya pada malam itu. Tetapi En. Paijo memang segak pun cuma masih single. Sesiapa berminat sila FB beliau. Jangan FB En. Bawang walaupun mereka serumah kerana En. Bawang memang tiada FB.
Paijo : Ji, tgk la kamera tu..
Pekji : Malas aku, kamera aku lagi mahal..
Guntur : Dari tgk kamera baik aku tgk Cik Yaya..22. Beberapa rakan yang setakat form 3 di SMKAS memanggil En. Bawang dengan nama boyish beliau iaitu En. A-ye. Di lihat fizikal En. Bawang untuk dipadankan dengan nama A-ye sungguh lah tidak padan. En. Bawang memang perlu berterima kasih kepada En. Anip yang memberi nama Bawang itu kepada beliau.
Peni : Aye, apsal dorang panggil ko Bawang
Bawang : Uih...ko btl-btl tak perasan ni? Panjang ceritanya..23. Pn Linda yang masih maintain seperti dulu bercadang untuk mengadakan open house pada hari raya nanti yang akan saya announce kemudian. Pn Linda dan En Rezib masih berkawan baik kerana mereka clash secara baik semasa mereka bercouple dulu. Sama lah seperti Pn Yaya & En Pekji juga.
Linda : Korang, nanti datang la rumah aku ok
Bawang : Betul ke ko jemput Rezib ni? Dia nanti buat onar kat tmpt ko
Pekji : Fuyo..aku bab makan-makan ni memang tak lepas punye24. Pn. Yaya datang bersama husband dan adik-adiknya pada malam itu. En Pekji tidak berpeluang untuk menekel adik-adik Pn Yaya lagi kerana beliau telah pun menemui rusuk kiri beliau yang dibawa bersama.
Hi.. kamilah.. The Incredibles25. Tunang En. Pekji iaitu Cik Arfa merupakan junior kita di SMKAS. Malam itu beliau dihidangkan dengan cerita kisah benar Pekji yang sudah tentu bukan kisah teladan malahan jauh sungguh dari kisah Nabi & Rasul. Semua kejahatan & kedurjanaan En Pekji terbongkar malam itu walaupun pada asalnya Cik Arfa sedia maklum yang En. Pekji memang durjana. Kisah ubat gigi yang diceritakan En. Rezib memang kisah paling nostalgik. Siapa pernah kena, sila mengaku.
Arfa : Weh betol ke Pekji camtu? Dia dengan aku baik je. Tapi budak batch aku ada cite yang Pekji dgn Anip suka mandi bogel...
26. En Pekji sempat menurunkan ilmu kedurjanaan beliau kepada anak En Asang sebelum En Asang balik. Di harap En Asang dapat menapis sedikit sebanyak ilmu En Pekji tu. Ambik yang elok-elok sahaja. Lagipun En Asang dah cukup durjana dah..
Pekji : Dah paham dah? Byk Uncle dah ajar nih..
Anak Asang : Baik Uncle, saya suka saya suka
Asang : Takpe nak, kalau tak cukup ilmu, papa pun bleh bagi
Pejal : Pasni biar Uncle ajar ilmu belasah budak plak..27. Malam itu juga menjadi malam gathering pelajar kelas 3/3. Ramai juga yang lost terus seperti Razman Zakaria, Raja Jibam, Hatta Hamid & Hendra Ceta. Ros Izhrin pada mulanya bercadang hendak datang tetapi tugas menghalang beliau berbuat demikian. Mungkin di lain tahun.
Bus station bus station..ho ho..Itulah sedikit sebanyak coretan yang dapat saya tulis sepanjang Majlis Berbuka kita ini. Di harap hubungan yang terjalin ini berkekalan sehingga bila-bila..
Jika coretan saya menyinggung perasaan mana-mana pihak, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf. Lagipun ini idea Rezib, bkn idea saya. Sila marah dia...
Apapun, korang yang datang memang best....
Jumpa lagi di tahun hadapan...insya Allah..
Idea by : Rezib, Pekji, Amat
Text by : Amat
Photo by : Zairul, Amat