Blog for SmKaS Batch '93 - '97..
Sebarang pertanyaan / keahlian / kemusykilan, do not hesitate to email to amatmizi@yahoo.com


* Guest Online!

Amaran dari Blogmaster :
Anda dilarang menggunakan nama samaran atau menyamar menjadi orang lain untuk berchatting di Tagboard dan meninggalkan komen. Sila gunakan nama betul atau nickname semasa di SMKAS. Fail to do so, message anda akan dipadam serta merta. Terima Kasih.
   

<< December 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31




[categories]


Alumni Contact Details

Registered Friends::.
Our Batch

AmatMizi Yaakop
NurHanani
Shahrin Cabin
Shukor Khalid
Mustopot Kamal
ZaLeyha Yazid
Zamri Lanz
Kaymariah
Saiful Atok
Zazalie Zin
Rezib Mohamed
Yusliza
Paijoe Nasir
Khairun Bob Zairee
Khairul Aca Azit
Ain
Tahril Mestor
Hairul Penchu IDZuan
Salekhudin Iki
Achik Salmi
RohasLienda
Pekjisme
Shaifussaleh
Hadila A'A
Siti Hajar
Hefney Saibon
Saufi Awalok
Ojaliah
Topek Hidayat
EmiliYaYa
NorMala
Yusop Abdullah
RaMelah Talib
Zairul
Yan Fazahiyah
Suryati Yasin
Anep Ahmad
NurshahrIjan Kecik
Abdul Rahim Osman
NuyulAnuar Hussin
Helmi Guntur
Nur Yahaya
Galak

Other Batch

Najib Wahed
AnadiaTasya


Support Our Friend's Business::.
Iki Jual Tudung
Andaman En Nurul
Kedai Kek & Coklat Pn Ramlah
Galeri Fesyen Yaya Spicy

Links::.
Album Gambar
Circles SMKAS
Laman Rasmi SMKAS
Blog SMKAS
X-SMKAS
SegamatUnite
Ntmtts
Senior 88-89
Senior 88-92





  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



     
    Monday, May 25, 2009
    Keputusan Undi Suka-Suka 14
    Keputusannya adalah seperti berikut :



    Top 4 :
    4. ZALIEZMA
    Nama ini diambil dari pasangan Zazali Zain & Izma Faizu yang agak hangat juga kisah mereka. Sebenarnya nama ini lebih panjang dan agak sedap juga bila didengar iaitu, IZZA ZALIEZMA. IZ untuk nama IZma, ZA untuk pangkal ZAzali, ZALIE untuk nama timangan Zalie, dan ZMA untuk sambungan nama iZMA. Unik bukan. Nasib baik Izma menggunakan nama Izma, kalau dia menggunakan nama comel beliau, mesti gabungan itu akan menjadi EMZA ZALIEMO pula.

    3. RASIDZ
    Bukanlah berniat untuk mengutuk atau mengata, tetapi ini adalah hakikat yang memang berlaku. Gabungan nama ini adalah yang paling unik kerana menggabungkan nama dua orang tidak akan terfikir untuk di gabungkan. RASI diambil dari nama depan RASIs dan IDZ pula adalah nama depan seorang manusia yang tidak mahu dirinya dikenali. Adakah ianya IDZrul? IDZzul? IDZmat? IDZuan? Rasanya semua dah tahu. Tetapi sudah tentu nama ini hanya berkekalan semasa di SMKAS kerana ianya pasti tidak akan bersatu. Orang lain pun boleh bereksperimentasi dengan gabungan nama ini seperti FAUZIDZ, atau ACHIDZ, atau  SHAIDZ tak pun REZIBDZ. Tak dengar pula nama DEWIDZ..Yang pasti, ianya masih menjadi bahan lawak semasa lepak-lepak bersama ketika majlis kahwin atau pun untuk mengutuk dalam blog seperti yang saya lakukan ini.

    2. RAMZILAH
    Ini adalah gabungan nama yang paling glamer dan paling diingati semasa dan selepas SMKAS. RAM adalah pangkal nama kedua-dua mereka iaitu RAzi dan RAMlah. ZI pula adalah sambungan raZI dan LAH adalah sambungan ramLAH. Sambil-sambil itu Razi juga mempromosikan nama Abah beliau iaitu Ramzi. Nasib baik Ramlah tidak berniat untuk membuat perkara yang sama seperti Razi, jika tidak pasti panjang sungguh nama mereka. Mungkin nama ini agak kampung kerana begitu tradisional suku katanya tidak seperti calon-calon yang lain. Ia mendapat undian yang banyak kerana saya yakin ramai yang masih mengingati kehebatan cinta dan ayat - ayat cinta pasangan ini. Lagipun, bila sebut je dah tau la sapa empunya diri. Nama ini juga mempunya sambungan nya yang saya hanya dapat tahu setelah 12 tahun meninggalkan SMKAS iaitu "Forever and Ever and Never can die.."
    *Sila muntah hijau!!

    1. SHIMAJIE
    Kalau diterjemahkan secara detail, nama ini adalah gabungan nama yang paling panjang dalam sejarah SMKAS. S = Siti, H = Hajar, I = Ismail, M = Mohd, A = Asdi, J = Jastani, I = Ibrahim, E = Entahlah. Panjang bukan. Ini lebih kurang macam Spell it Right la. Mereka ini bercinta secara senyap -senyap dan terlalu jarang gossip yang melanda mereka ini, kecuali ketika Majie di interview oleh Abah Hajar di Surau SMKAS. Nama nak kena gempak beb. Tapi saya pelik juga sebab rasa-rasanya gabungan nama ini tidaklah seglamer gabungan nama yang mendapat tempat kedua dan ketiga. Mungkin keunikannya yang menambat hati pengundi atau pun mungkin yang di calonkan mengundi diri sendiri.. Hehehe..Lantaklah, bukan dapat hadiah pun.

    Kepada yang tidak mendapat tempat tu, terimalah hakikat nama yang korang compose tu takdelah hebat mana. Trylah compose nama baru dengan bini korang. Pastu bagitau aku....

    Berani???
    Posted at Monday, May 25, 2009 by AmatMizi
    Ha! Ada (16) org tak puas hati  

     
    Tuesday, May 19, 2009
    Sekitar Majlis Perkahwinan Kapten Taufik Hidayat Supian
    Corat coret sepanjang Majlis Perkahwinan Kapten Taufik Hidayat Supian.

    1. En. Iki adalah Warga CakapBerapi yang pertama datang walaupun beliau tidak terus singgah di rumah Topek. Beliau hanya lalu sahaja dan kemudian menghantar SMS kepada Encik Pengapit menyatakan bahawa beliau dah lalu di rumah Topek. Macam Mamat Ushar Line la plak.

    2. Hidangan istimewa pada Majlis ini adalah Kambing Golek. Sememangnya Kambing & Topek memang tidak dapat dipisahkan.



    3. En. Sukor datang bujang bersama En. Cabin yang dengar-dengarnya akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Menurut En Sukor, pasangan En. Cabin juga bonsai-bonsai seperti beliau. Orang bonsai ni biasanya comel, seperti isteri saya..hehehe.
    En Sukor juga telah mencadangkan agar Reunion yang asyik tergendala itu diuruskan oleh warga-warga yang masih bujang seperti En. Cabin, En. Rezib & En. Bawang. Saya sangatlah bersetuju!!

    4. Walaupun En. Anep kelihatan sungguh berlagak dengan handphone 3G beliau yang baru dibeli di Parit Masjid, beliau masih tidak dapat membezakan antara 'Blackberry' dengan 'Blueberry'. Itulah, siapa soh dok Pontian lama sangat. Perhatian En. Anep, blueberry itu adalah buah yang selalu dibuat perisa juga dibuat jem.

    5. Pn. Syasha sepatutnya tiba awal 30 minit, tetapi di suku perjalanan beliau terpaksa berpatah balik kerana dompet suami beliau tertinggal di rumah. Nasib baik ingat, kalau tidak kuranglah rezeki salam keruk En Topek.



    6. Teka teki siapakah bakal menjadi pengapit akhirnya terjawab. En. Paijo telah merelakan diri beliau untuk mengapit Tuan Pengantin. Menurut beliau, ini adalah kali ke 3 beliau menjadi Pengapit tetapi rezeki untuk diapit masih belum tiba. Mungkin beliau perlu menggenapkan hingga ke angka 10, paling-paling 7 barulah berkat tu lebih sket. Sesiapa ada calon, boleh la contact beliau. Nak mintak saya kenen-kenenkan pun boleh jugek.

    7. En. Paijo telah memborong baju melayu baru, sampin baru serta songkok tinggi baru semata-mata untuk mengenakannya dengan tema Majlis En. Topek. Lihatlah begitu besar pengorbanan En. Paijo. Sesiapa yang berminat untuk mengambil beliau menjadi Pengapit, tempahan telah dibuka mulai semalam.



    8. En. Topek hanya sampai di rumah bersanggah pada pukul 2.00 petang, padahal ikutkan Kad Kahwin, Majlis Persanding adalah pada pukul 2.30 petang. Tolak bersolek itu ini, akhirnya Majlis Bersanding berlangsung pada pukul 3.00 petang. Pada sesiapa yang betul-betul mengenali En Topek, perkara tersebut adalah biasa...

    9. Bengkung sampin En. Topek telah beberapa kali tertanggal. Nasib baik sampin tidak terburai. Korang pun paham-paham jelah apasal...



    10. En. Ayul datang bersendirian kali ini dengan muka yang agak kecewa. Sambil-sambil itu nampak juga mata beliau melilau-lilau seperti mencari sesuatu. Mencari bakal awek mungkin.

    11. En. Shai yang telah 8 kali menjadi pengapit telah menolak untuk menjadi pengapit pada kali ini. Mungkin beliau risau badi pengapit yang seakan lekat pada beliau. Tapi tidak pula nampak muka risau, macam happy je...

    *saya lupa pula nak letak gambar dorang nih...



    12. Cuaca pada waktu itu mungkin sampai 34 darjah celcius, tetapi brader-brader silat ni selamba je tak pakai kasut. Power betul la dorang. Mesti belajar dengan En Topek ni.
    * En. Topek dulu aktif dalam Persatuan Seni Silat Sendeng bersama-sama En. Topot juga En. Ahmad Tajuddin.



    13. Tiada berlaku tragedi memalukan seperti pelamin roboh atau pun baju koyak walaupun ada sipi-sipi nak jadi jugak (aku tambah je). Cuma tragedi payung tak cukup besar je..



    15. Menurut En. Shai, isteri En. Penchu sedang mabuk teruk pada waktu ini. Sebab itulah beliau tidak boleh stay lama. En. Penchu pun shoot on target juga macam saya, Anip, Iki dan lain-lain. Topek pun akan menjejak langkah kami  tak lama lagi.



    16. Kehadiran Warga CakapBerapi adalah seperti berikut. Muka-muka wajib seperti En. Anip & Pn.A'a, Pn Syasha & Family, En Penchu & Family, En Iki & Family, En Amat & Family, En Ayul & En Shai. Muka-muka yang kadang-kadang pula  ada lah seperti En. Sukor, En Cabin & Pn Yan & Family. Tiada pula muka-muka yang tetiba ada seperti di Majlis-majlis sebelum ini seperti Pejal, Ichut & Kekak.



    17. Bacaan doa telah dibacakan oleh Tuan Pengantin sendiri setelah beberapa orang Ustaz menolak untuk membacakan doa untuk beliau. Lagipun mungkin En. Topek tidak tahan melihat Kambing Golek depan mata beliau.

    18. Biasanya Pengantin akan makan 2-3 suap je ketika Majlis Makan Beradab, tetapi En Topek telah break the pattern dengan makan habis sepinggan penuh. Mungkin dia tambah tetapi saya tidak perasan. Tu tak kira bab meratah lagi tuh...

    19. En Paijo tiada apa-apa hubungan dengan Pengapit Perempuan, merangkap sepupu En Topek. Sesiapa yang berminat, silalah tunggu sekurang-kurangnya 4 tahun lagi kerana Pengapit Perempuan baru berusia 14 tahun.



    20. Kepada yang belum tahu lagi, Isteri En. Topek iaitu Pn Azie adalah junior kita semasa di SMKAS dulu. Kita form 5, dia form 1. Ini adalah antara contoh Abang-Adik Angkat yang terus terangkat selain En. Bud & isterinya. Tidak seperti sesetengah orang itu yang semasa zaman SMKAS dulu heboh je lebih, tapi tak jadik jugak. Betul tak Penchu?

    21. Ketika saya datang pada pukul 11.30 malam untuk menghantar hadiah seseorang kepada En Topek, beliau sedang berhempas pulas membanting tenaga membasuh periuk. Nampak lah juga raut kebengangan di wajah beliau. Maklumlah tenaga dah tinggal sikit. Tapi masa baru-baru ni, pantang sentuh on terus....

    Itulah sahaja sedikit sebanyak fakta dan auta yang dapat saya coretkan buat masa ini. Kekangan masa menyebabkan saya tidak dapat melepakkan diri bersama rakan-rakan untuk lebih menambahkan fakta-fakta di sini. Ini pun dah kira banyak nih..

    Kita berjumpa selepas ni di Perkahwinan Seseorang pada 31hb Mei ini dan Perkahwinan Cik Noriah Asmui pada 6hb Jun..

    Selamat Pengantin Baru Topek & Azie.





    Semuga kita berjumpa lagi di Majlis yang lain..

    Persoalannya, Majlis siapakah  di antara 3 Mamat Hensem ini yang akan kita hadiri dulu?



    Sapa nak bet?? Cepat......


    Text by : AmatMizi
    Photos by : AmatMizi & Faizul



    Posted at Tuesday, May 19, 2009 by AmatMizi
    Ha! Ada (35) org tak puas hati  

     
    Friday, May 15, 2009
    It is your DAY!!
    Disebabkan ini adalah blog Alumni Sekolah, saya mewakili warga blog ini dengan sukacita mengucapkan...


    SELAMAT HARI GURU


    kepada semua Ustaz & Ustazah antaranya Ustaz Jenal, Ustaz Hassan, Ustaz Hussin, Ustaz Amir, Ustaz Jemi, Ustaz Zamri Wajin, Ustaz Zamri Kuda, Ustaz Dollah, Ustaz Kamal, Ustaz Mail Bauk, Ustaz PakYa, Ustaz Binjai, Ustaz Ridzuan, Ustaz Rahman, Ustaz Alias, Ustaz Saufi, Ustaz Sa'er, Ustazah Supini, Ustazah Samihah, Ustazah Normah Hitam, Ustazah Zaily, Ustazah Anis, Ustazah Ramlah, Ustazah Sarmi dan Ustazah Ashrafunnisa' yang telah berjasa mencurahkan ilmu juga memberikan nasihat berguna kepada kami sepanjang usia kami di SMKAS. Tidak lupa sebatan, cubitan, tamparan & ketukan yang membuat kami lebih berdisiplin...

    Ucapan sama juga diucapkan kepada pewaris Ustaz & Ustazah SMKAS antaranya Ustaz Shaifussaleh Tahir, Ustaz Zazali Zin, Ustaz Razi Ramzi, Ustaz Affizulnizam, Ustaz Hazrol Fazly Husin, Ustaz Hairul Idzuan Nordin, Ustaz Azizi Masdar, Ustaz Rashid Isnin, Ustaz Hairul Sugihman, Ustaz Shahrunnizan Suratmin, Ustaz Nurul Anuar Husin, Ustaz Zamri Kuda (Eh sama plak), Ustazah Rohaslinda Munjayen, Ustazah Suryati Yassin, Ustazah Izma Faizu, Ustazah Izyani Yusof, Ustazah Syarizah Izyani, Ustazah Noorhadilawati, Ustazah Adibah Samiyah, Ustazah Siti Aidawati, Ustazah Normala Taib, Ustazah Nur Alfisyahr Jaafar, Ustazah Yusliza Mohd Nin, Ustazah Mudzalifah Yusof, Ustazah Hasliza Hassan dan Ustaz Nik Abdul Jamal.
    Semuga anda semua terus tabah mencurahkan ilmu & mendidik anak-anak Malaysia agar menjadi orang dan bukannya mesin basuh seperti kata Ustaz Fauzi Ismail. Selamat Hari Ustaz & Ustazah....



    Posted at Friday, May 15, 2009 by AmatMizi
    Ha! Ada (18) org tak puas hati  

     
    Monday, May 11, 2009
    Keputusan Undi Suka-Suka 13
    Keputusannya seperti berikut :



    Top Four :
    4a. Alatan Membasuh - Baldi, Sabun Basuh, Gayung, Berus
    Seingat saya, sepanjang pengajian di SMKAS, alatan membasuh saya hanya betul-betul lengkap ketika di Form 5. Itu pun kerana telah menjadi senior, jika ketika itu Form 6 boleh membuli form 5, pasti alatan membasuh saya tidak pernah lengkap. Seingat saya, saya hanya membeli 2 biji baldi iaitu ketika awal persekolahan Form 1 dan Form 4 sahaja. Selain dari itu mungkin hanya menggunakan baldi yang di pinjam atau pun di jumpai di bilik basuh. Rata-rata alatan membasuh adalah di supply oleh Junior dan yang banyak hilang pun adalah harta Junior kerana perembatnya rata-rata pelajar yang ada kuasa Veto.
    Tapi sekarang aspura & aspuri dah ada mesin basuh, jadi mungkin kebarangkalian untuk hilang alatan membasuh ni mungkin dah berkurangan.

    4b. Duit
    Ini adalah gejala yang paling tidak patut. Kita boleh buat tak tau je jika alatan membasuh kita, pakaian dalam ataupun selipar jepun kita hilang, tetapi tidak sekali-kali jika duit yang hilang. Duit walaupun hanya 1.00$ sangatlah bernilai lebih-lebih lagi pada zaman jadik pelajar dulu. 1.00$ tu boleh digunakan untuk membeli 3 buku roti kantin yang berharga 0.30$ sebuku. Bayangkan jika kehilangan 50.00$, berapa ratus buku roti yang boleh dibeli. Saya pernah juga kehilangan duit semasa di Aspura dulu. Jika dikumpul-kumpul jumlah kesemuanya mungkin jejak 100.00$ juga. Kesian Abah saya menoreh getah untuk memberi duit belanja kepada saya tiba-tiba dicuri pula oleh orang lain.
    Di Aspura dulu, jika anda disabitkan bersalah mencuri duit, hukumannya adalah belasah beramai-ramai. Itulah yang terjadi pada satu ketika dulu yang akibatnya 7 orang telah digantung sekolah. Semuanya adalah kerana ingin menegakkan kebenaran...(berkobar je)

    3. Songkok
    Songkok adalah salah satu dari seragam sekolah pelajar putera. Jika anda menghadiri perhimpunan dengan tidak memakai songkok, pasti anda akan didenda. Songkok merupakan aset yang perlu ada walaupun pada segelintir pelajar ia hanya digunakan semasa perhimpunan sekolah sahaja. Rata-rata pelajar mempunyai lebih dari sebiji songkok (or is it sebuah? sepasang?). Ini kerana songkok ini kerap bertukar-tukar pasangan bergantung kepada kreativiti si perembat. Ada yang ingin play safe, letak songkok ini dalam locker. Tapi lepa kejap je pergi mandi balik dorm dah hilang. Ada juga yang simpan di meja kelas. Sampai kelas lewat 5 minit hilang juga. Dalam ramai-ramai pelajar, saya ada seorang sahabat yang kreatif juga dengan menggunakan songkok lipat. Tak payah susah nak sorok sana sini malah ianya boleh dibawa kemana-mana. Kalau hilang pun senang je nak carik kerana tidak ada orang lain yang pakai songkok lipat kecuali dia. Apapun, songkok ketika di SMKAS merupakan aset yang perlu ada tetapi mudah hilang.

    2. Pakaian Dalam
    Yang ini lagilah tidak masuk akal. Dalam banyak-banyak benda, yang ini juga jadi pilihan. Saya tidak pasti jika di Aspuri terjadi juga perkara serupa, tetapi inilah realitinya yang terjadi di Aspura. Ini satu pengakuan, saya telah kehilangan semua seluar dalam saya ketika di Form 2 dan akibatnya sehingga Form 5 saya 'Line Clear'. Seluar dalam dulu mahal, sehelai mau 8.00-10.00$. Klu 5 helai tak ke lebih kurang 50.00$. So langkah penjimatan adalah dengan memboikot seluar dalam. Saya tidak tahu apakah perasaan orang yang mencuri pakaian dalam ini, apatah lagi ketika memakainya. Tak tahu pula jika dulu ada yang menjampi pakaian dalam itu.
    Salah satu sebab juga adalah tabiat AJK Biro Kebersihan yang suka mengutip pakaian yang jatuh dari ampaian yang kemudiannya melonggokkan pakaian tersebut dalam stor. Kalau dah bergumpal-gumpal dan bercampur dengan pakaian lain yang kotor, sapa yang mahu ambil semula ya tak. Apalah yang difikirkan oleh mereka-mereka itu agaknya ketika menjalankan operasi mengutip itu. Kan lebih bagus jika pakaian yang jatuh itu di sidai balik. Dapat jugak pahala lebih.
    * Saya antara AJK Biro Kebersihan yang menjalankan aktiviti kutip mengutip itu.

    1. Selipar Jepun, Sandal, Kasut & Stokin
    Yang ini memang menjadi tradisi dimana-mana tempat bernama Asrama. Memang tidak dinafikan Selipar Jepun adalah benda yang paling kerap hilang diikuti dengan Sandal kerana Sandal agak mahal, jika si perembat itu ada la sifat-sifat kesian kepada si pemilik, besar kemungkinan jika Sandal itu hilang, 2-3 jam kemudian pasti dikembalikan. Punya lah glamer pasal kehilangan selipar jepun ini hingga menyebabkan ramai yang terpaksa berulang alik ke tandas dengan berkaki ayam sahaja. Bayangkanlah dengan keadaan tandas yang tidak begitu menarik, berkaki ayam pula ke situ, lalu di kaki lima dan masuk ke dalam dorm. Kotor sungguh.
    Saya pun pelik juga kerana jika seorang pelajar ada sepasang selipar, maka misteri kehilangan selipar ini tidak patut berlaku. Ada dikalangan pelajar yang setiap kali selepas balik cuti bulanan akan membawa selipar baru, jadi sepatutnya masalah ini dapat diatasi. Tetapi hingga ketika kita tamat SPM dulu pun masalah yang sama tidak dapat diselesaikan. Malah ketika peperiksaan SPM itu sendiri bekalan selipar jepun tidak mencukupi walaupun Aspura hanya didiami tidak sampai 50 orang pelajar. Pikir-pikirkan lah...
    Kasut Sekolah & Stokin juga menjadi mangsa masalah yang sama hinggakan ada pelajar yang menyimpan stokin mereka di kelas kerana takut jika di simpan di Asrama pasti akan hilang. Jika sudah disimpan di Kelas paham-paham sahajalah camne rupanya. Bila masa dia nak basuh stokin tu kan. 2 bulan sekali pun tak tentu lagi berbasuh. Hadoih....

    ~~~~~~~~

    Itulah serba sedikit ulasan tentang harta peribadi yang sering hilang semasa di SMKAS. Rasanya bukan di SMKAS sahaja, malah masa di Universiti pun harta yang sama juga terlibat.

    Apapun, jika rasa mahu halalkan itu, halalkan ajelah sebab pusing-pusing kita guna jugak baldi orang lain, selipar orang lain juga mungkin seluar dalam orang lain. Jadi kat kita, jadi jugak kat orang lain. Cuma bab duit tu, korang pikirlah sendirik..

    Assalamualaikum...

    P/S : Idea kurang sebab tu entry kurang kick. Otak tengah tepu ni....

    P/P/S : Jangan lupa hadir ke majlis Kapten Topek Hidayat Wanga pada 17hb ni. Semua dijemput hadir!!!





    Posted at Monday, May 11, 2009 by AmatMizi
    Ha! Ada (6) org tak puas hati  

     
    Friday, April 24, 2009
    Jemputan ke Majlis Perkahwinan Taufik Hidayat Supian


    Saya dengan rendah diri mewakili orang tua saya dengan ini berbesar hati menjemput semua warga forumcakapberapi untuk menghadiri majlis perkahwinan saya seperti yang tertera di kad jemputan. Semoga kehadiran tuan puan dapat menyerikan lagi majlis saya. Tima Kasey.

    -Taufik Hidayat aka Topek aka Capt Jack Smith aka Bakal Pengantin -


    P/S : Kalau anda mahukan peluang bisnes, anda wajib datang ke Majlis ini kerana dijangkakan ramai ahli korporat yang akan datang nanti. Saya sendiri sudah dapat bisnes di Majlis ini. Korporat sungguh Tan Sri Taufik..

    Selamat Pengantin Baru..




    Posted at Friday, April 24, 2009 by AmatMizi
    Ha! Ada (19) org tak puas hati  

     
    Sunday, April 12, 2009
    Sahabat
    Setelah 5 bulan tertangguh, akhirnya aku berjaya juga siapkan videoklip ini.  Layan k...
    P/S : Mungkin ada gambar-gambar yang tak sesuai untuk ditonton, jika rasa tak selesa, tutup mata, tutup bowser dan tutup pc anda ye..





    Click sini untuk download.


    Posted at Sunday, April 12, 2009 by AmatMizi
    Ha! Ada (14) org tak puas hati  

     
    Monday, April 06, 2009
    Jemputan ke Majlis Perkahwinan En. Edly Omar
    Dipanjangkan jemputan daripada En. Edly Omar (Amoi) untuk ke Majlis Perkahwinan beliau seperti di bawah :



    Semua dijemput hadir. Datang jangan tak datang.

    P/S : Amoi ni budak kelas Penchu & Pekji dulu. Kelas 3/2. Penchu, ko mesti datang!!


    Posted at Monday, April 06, 2009 by AmatMizi
    Ha! Ada (10) org tak puas hati  

    Previous Page Next Page