Blog for SmKaS Batch '93 - '97..
Sebarang pertanyaan / keahlian / kemusykilan, do not hesitate to email to amatmizi@yahoo.com


* Guest Online!

Amaran dari Blogmaster :
Anda dilarang menggunakan nama samaran atau menyamar menjadi orang lain untuk berchatting di Tagboard dan meninggalkan komen. Sila gunakan nama betul atau nickname semasa di SMKAS. Fail to do so, message anda akan dipadam serta merta. Terima Kasih.
   

<< September 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30




[categories]


Alumni Contact Details

Registered Friends::.
Our Batch

AmatMizi Yaakop
NurHanani
Shahrin Cabin
Shukor Khalid
Mustopot Kamal
ZaLeyha Yazid
Zamri Lanz
Kaymariah
Saiful Atok
Zazalie Zin
Rezib Mohamed
Yusliza
Paijoe Nasir
Khairun Bob Zairee
Khairul Aca Azit
Ain
Tahril Mestor
Hairul Penchu IDZuan
Salekhudin Iki
Achik Salmi
RohasLienda
Pekjisme
Shaifussaleh
Hadila A'A
Siti Hajar
Hefney Saibon
Saufi Awalok
Ojaliah
Topek Hidayat
EmiliYaYa
NorMala
Yusop Abdullah
RaMelah Talib
Zairul
Yan Fazahiyah
Suryati Yasin
Anep Ahmad
NurshahrIjan Kecik
Abdul Rahim Osman
NuyulAnuar Hussin
Helmi Guntur
Nur Yahaya
Galak

Other Batch

Najib Wahed
AnadiaTasya


Support Our Friend's Business::.
Iki Jual Tudung
Andaman En Nurul
Kedai Kek & Coklat Pn Ramlah
Galeri Fesyen Yaya Spicy

Links::.
Album Gambar
Circles SMKAS
Laman Rasmi SMKAS
Blog SMKAS
X-SMKAS
SegamatUnite
Ntmtts
Senior 88-89
Senior 88-92





  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



     
    Wednesday, July 01, 2009
    Selamat Datang ke Dunia
    Assalamualaikum semua...

    Sukacita dimaklumkan sahabat kita Farziyah Abd Rahim aka Farah telah selamat melahirkan baby lelaki seberat 4 kg pada pukul 7.47 pg, 28 Jun 2009 yang lalu.

    Semuga kehadirannya menambahkan rezeki untuk Farah & Husband..

    Tahniah..

    P/S : Patutlah perut Farah besor betul arituh.. 4 kilo rupanya...



    Posted at Wednesday, July 01, 2009 by AmatMizi
    Ha! Ada (9) org tak puas hati  

     
    Thursday, June 11, 2009
    Farewell Kelas 5 Pengajian Islam 1997
    Tarikh       : 10th December 1997
    Tempat     : Home Restaurant, Segamat
    Event        : Majlis Perpisahan bagi Kelas 5/1 & 5/3
    Kehadiran :  Semua pelajar (rasanya lah)
    ~~~~~~~~~~~
    Sehari selepas habisnya kertas SPM yang terakhir, kami telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk kami-kami sahaja, maksudnya pelajar kelas Pengajian Islam sahaja. Sebab mengapa Majlis ini tidak diadakan untuk semua pelajar adalah kerana gap antara habisnya kertas SPM terakhir bagi kelas sains dan kelas agama agak jauh. Lagipun, kelas sains juga mengadakan majlis perpisahan mereka di hotel (lupa nama hotel tu) bersama Ustaz & Ustazah mereka.

    Saya tidak berapa ingat tentang detail flow of this event. (Harap rakan-rakan seperti Anip & Pekji dapat membantu di ruangan komen nanti).

    So, saya ceritakan apa yang termampu saya ingati dengan bantuan gambar-gambar ikhsan dari En Penchu.



    1. Gambar 1st ni kita semua tau difokuskan kepada sapa kan. Kelihatan dalam gambar adalah Cik Siti Hajar, Cik Dewi Hartaty, Cik Ramelah, Cik Salmi Achik & Cik Hadilawati. Semua mereka kelihatan begitu lapar. Tengok lah nasi Cik Dewi tu, penuh satu pinggan. Kalau sekarang mesti makan separuh pinggan je. Cik Ramelah pula kelihatan ingin seperti ingin potong Q, lapar sangat la tuh.

    2. Gambar 2nd pula difokuskan kepada En Anip yang sedang membuat muka gangster. Apa sebab utamanya tidak pula diketahui. Juga kelihatan En. Amat yang saya tak tau la stail apa dia buat tu, En Iki yang bermain mata dengan En Kekak yang memakai baju size XXXL. Turut kelihatan adalah En Pekji yang sedang berborak dengan sape ntah serta separuh badan En Rezib & En Rahim. Waktu ini semua masih malu-malu kambing lagi, maklumlah kita dulu kelas lain-lain jantina. So ambik makanan pun bergilir-gilir jantina.


    3. Ini pula adalah gambar candid malu-malu Cik Dewi yang diambil oleh En Penchu. Cik Dewi dulu terkenal juga dengan trademark Spek Besar beliau. Tetapi tidaklah sebesar spek En Rashid Kura-Kura. Cik A'a pula mungkin sedang mengenyit mata kepada En Anip, tetapi dengan kedua-dua belah mata. Bahasa rahsia mereka kot.

    4. Seperti yang saya katakan tadi. Walaupun sudah tamat zaman persekolahan, kami masih lagi culture shock. Kalau ambik makan pun dah tunggu turn, apatah lagi ketika duduk. Asing-asing beb. Dalam kumpulan ini pun wujud puak-puak juga. Jika diperhati dari aspek Depth of Field, hujung sekali kita dapat lihat En Shai, En Iki, En Amat dan En Zali yang mewakili Geng-geng Buaya 5/1. Sure diorang tengah borak pasal perempuan. Di tengah-tengah pula kita lihat En Rasidz , En Rezib & En Nurul yang sudah tentu tidak bercerita pasal perempuan. Di hadapan pula kita lihat En Didi, En Rahim, En Shakir & En Kekak yang saya tidak pasti apa yang mereka borakkan.
    * Apsal Rahim bleh lepak kat situ plak, salah clan tuh...



    5. Ini pula adalah meja Puteri. Dapat kita lihat mereka juga duduk ikut clan. Hujung sekali nampak Cik Hajar & Cik Farah serta beberapa lagi yang tidak jelas. Mereka ini mewakili clan Innocent Girl walaupun tidaklah berapa innocent sangat. Cik Hajar tu menang juga Gabungan Nama paling Glamer masa di SMKAS. Di belah hadapan pula kelihatan Geng Puteri Paling Ganas dalam Abad SMKAS iaitu Geng Mohawk.  Dapat dilihat Cik A'a, Cik Nani, Cik Achik, Cik Syasha & Cik Yazidah. Cik Syasha & Cik Yazidah paling vogue time nih. Dorang pakai tudung ikut trend. Sekarang kalau jumpa Syasha lagi vouge. Dia tak pakai tudung dah.
    Kelihatan juga Cik Nurul Anuar yang mahu join kumpulan ini tetapi tidak dapat seat. Kesian dia.....

    6. Ish, En Penchu ni rajin betul ambik gambar saya. Masa ni tengah mentekedarah. Sebelah saya adalah En Paijo & En Iki. En Shai & En Anip membelakangi kamera. Juga kelihatan En Achai dan kopiah En Zalie. Alhamdulillah dia dah jadi Ustaz sekarang ni.


    7. Alamak, saya lagi. Susah betul la berwajah fotogenik ni (kurusnya aku) .Ini adalah sessi menulis buku autograf. Saya pernah mengulas pasal buku autograf ni dalam blog saya. Kalau rajin, tengoklah. Disebelah saya ialah En Anip yang sedang berbahasa isyarat dengan Cik A'a. Mungkin maksud bahasa isyarat itu adalah 'I love you too' atau pun 'Balik nanti I hantar you'. Mungkin juga En Anip telah diwarning oleh Cik A'a agar tidak memandang perempuan lain selain beliau. Sila jawab En. Anip. Disebelah En Anip pula adalah En Madon yang berpakaian smart seperti hendak pergi dating. Kita tengok nanti dia dating dengan sapa...

    8. Mereka juga sedang menulis buku autograf. Semua sedang khusyuk termenung. Ketika ini majlis tukar-tukar hadiah dah berlangsung kot. Buat ingatan pada yang dah lupa, dulu kita ada jalankan satu game Admire-Admirer yang berlangsung lebih kurang setahun. Dalam masa setahun tu macam bercinta olok-olok la and at this event, kita tukar-tukar hadiah dengan pasangan kita. Ingat tak? Yang paling saya ingat ialah Cik Parcelin dapat hadiah batu bata dari En. Pekji. En. Pekji dulu memang jahat, sekarang kurang la sket. Cakap pasal En. Pekji, korang lihatlah gaya manja Cik Yaya tu. Maybe En Pekji yang snap gambar ni. *Arfa jangan marah...



    9. Gambar En Iki ini diambil kerana beliau memenangi Undian Pakaian Paling Cantik, Kategori Lelaki (Undian tidak rasmi). Pakaian ala-ala pergi office ini memang kenalah dengan gaya beliau yang sopan santun, cakap pun lembut je. Lagipun, masa ni beliau tengah mengayat Cik Leyha. Kenalah tunjuk gaya macam educated sket. Eh, saya rasa saya kenal seluar En Iki tu. Seluar saya tu. Sebelum pulangkan ko basuh tak ki? En Iki juga mempunyai spotlight yang memang boleh melantunkan cahaya. Ada la sikit-sikit gaya macam Ultraman Taro.

    10. Gambar satu lagi menunjukkan yang En Shai memang mempunyai kredibiliti seorang buaya. En Penchu yang memang bercinta dengan Cik Dewi pun tidak berdating ketika ini (sebab Penchu yg ambik gambar) tapi En Shai selamba je dating 4 orang terus. Suspek la lu bro...tapi lu kuat merajuk la..x cool. hahaha

    11. Gambar bawahnya pula adalah gambar '7 Budak Nakal (yang tinggal 5 je)' dan 'Geng Mohawk'. Mereka ni lah kaki pukul Junior. Minta maaflah ye Encik & Cik Junior yang pernah kena pukul. Biasalah tu hidup zaman asrama. Jangan la simpan dendam pulak..



    12. Eh, ingatkan takde yang dating, rupa-rupanya sempat jugak mereka ni berdating. En Abe ketika ini sedap-sedap je badannya, tapi sekarang dengarnya dah 2 kali ganda. Maklumlah dah lama tak jumpa. Last jumpa pun masa dia kahwin, lepas tu tak nampak dah muka dia (Vote for Abe). Cik Nani pula tersipu-sipu malu tapi mahu. Tengok En Abe pun dah kenyang dah...

    13. Owh....En Madon pakai smart - smart sebab nak dating dengan Cik Syasha rupanya. Tengoklah senyuman En Madon, sampai telinga tu. Yelah dapat date dengan Awek Paling Vouge time tu. Mau tak gembira. Makan pun sket je. Kenyang makan sepinggan dengan Cik Syasha. Cik Syasha pula agaknya bengang kot sebab En Madon tak suap dia makan. Pasangan ni hangat gak dulu. Tiap hari dating. Tiap malam pun dating.

    Fakta tambahan :

    14. Saya pelik kemana menghilangnya pasangan paling hot, RAMZILAH pergi berdating. En Penchu tak dapat carik dorang kot. Ke dorang berdating tempat lain.

    15. Selain Abe-Nani, Madon-Syasha, RAMZILAH, Anip-A'a, Pekji-Yaya, Penchu-Dewi dan Iki-Leyha, pasangan yang turut ada adalah Zalie-Emo, Aca-Yazidah, Zairul-Oja, Achid-Tini, Rezib-Linda, Bawang-Shamsiah serta Kenol-Noni. (yang ni aku tambah)

    16. Pasal Admire-admirer tu, yang saya ingat - Amat admire Hajar, Hajar admire Iki, Iki admire Leyha, Leyha admire Amat. Satu pusingan je, tak berkembang langsung. Owhh...ini kot sebabnya En Iki digossipkan dengan Cik Leyha.

    17. Tidak ada satu pun gambar beramai-ramai yang diambil kecuali yang satu di atas tu. Mungkin sebab filem dah habis ataupun sebab ramai yang tak nak gambar dirinya diambil.


    Itu jelah sedikit sebanyak imbauan kepada kisah yang telah berlaku hampir 12 tahun dulu. Banyak sungguh kenangan di sini. Apa pun, di harap satu hari nanti kita dapat berkumpul lagi seperti ini dengan kuantiti yang lebih besar. Hopefully..

    P/S : We plan to have one big gathering somewhere in November. Any idea and suggestion?

    *Photo : Credit to Ustaz Penchu.



    Posted at Thursday, June 11, 2009 by AmatMizi
    Ha! Ada (24) org tak puas hati  

     
    Monday, June 08, 2009
    Sekitar Majlis Perkahwinan Pn Noriah Asmui.
    Corat - coret sepanjang Majlis Perkahwinan Pn Noriah Asmui yang berlangsung pada 6hb Jun di Pekan Air Panas, Bandaraya La-Best.

    1. Majlis nikah berlangsung selepas Maghrib pada 5 Jun di rumah Pengantin Perempuan. Majlis turut dihadiri oleh En Pekji selaku O.P (Official Photographer).

    2. Penginapan En. Pekji telah dibook oleh Pn Noi di Fu Fa Hotel, La-Best. Menurut Cekgu Asmui, Hotel itu adalah yang paling 5 star di situ kerana hotel-hotel lain seperti Concorde, Pan Pacific & Bluewave tidak berani untuk melabur di Bandaraya La-Best. Mungkin En. Pekji sudi untuk menceritakan pengalaman beliau di ruangan komen nanti.



    3. Jika ditolak En Pekji, En. Pejal adalah warga pertama yang sampai pada Majlis Bersanding. Macam tak caya je...Pn Farah tidak dikira kena beliau adalah saudara-mara Pn Noi.

    4. Walaupun En. Pejal datang awal, rasanya beliau tidak ingat pun Pn. Noi yang mana satu. Maklumlah beliau pernah berkata yang beliau hanya ingat Pn. Aidawati sahaja. Takpelah En. Pejal, yang terlepas tu biarlah lepas. Cik Ain & Cik Liza single lagi.. *refer entry Majlis Perkahwinan Leyha.



    5. Kami tidak sempat berjumpa En. Pejal pun kerana kebanyakan kami sampai lewat. Salahkan keadaan trafik yang macam S**L. Di samping itu terjadi juga peristiwa lain seperti saudara meninggal dan saudara berkahwin pada waktu yang sama.

    6. Pn. Noi kelihatan sungguh berseri-seri mengenakan Baju Songket warna Emas. Di samping nampak lebih tembam, beliau juga nampak lebih tinggi. Terima kasih kepada kasut heel 4 inci beliau.



    7. Antara geng-geng Mohawk Pn Noi yang hadir adalah Pn Syasha & Family, Pn Achik & Family, Pn Yaya & Family serta Pn A'a & Family. Geng-geng yang bukan Mohawk pula selain En. Pekji, En. Pejal, En. Anip  & Pn Farah adalah Ust Shai, En. Amat & Isteri, En Atok & Family serta En. Lanz & Family.

    8. Tidak kelihatan pula Pasangan Pengantin Baru yang lalu iaitu Pn Leyha & Suami. Ketidakhadiran mereka telah mencetuskan idea untuk membuat undi suka-suka yang berikutnya. Tunggu.....



    9. Puas kami perhatikan wajah En. Lanz kot-kot ada air mata yang bergenang, tapi kami hampa. Mungkin beliau telah pun puas menangis sebelum ini, refer pada facebook beliau. Lagipun apa nak kisah, Pn Noi dah menangis dulu dari beliau.

    10. Ust Shai datang bersama kawan beliau, En Aji serta seorang awek yang ala-ala remaja. Menurut Ust Shai itu adalah mangsa beliau yang ke 18 daripada jumlah yang infiniti. Selain itu Ust Shai juga memakai rantai yang mungkin diberi oleh salah seorang mangsa beliau. Perlakuan itu adalah sesuatu yang amatlah bertentangan dengan apa yang di ajar beliau kepada murid-muridnya di SSI.


    11. Sambil kami berborak-borak di depan Pelamin, kami juga dipersembahkan dengan 'Show Golek-Golek Badan' oleh anak Pn Syasha, Imana yang seronok betul bergolek sambil menghayun hp Ust Shai yang ala-ala 'blueberry' juga. Anak Lanz pula, Aina tertidur keletihan kerana tersangatlah aktif bertukar-tukar pendokong. Paling dia suka Ust Shai, maklumlah Pencinta Wanita.



    12. Pn Noi seperti En Topek juga telah break the pattern. Beliau telah menjadi Pengantin Perempuan yang paling kecoh. Memang tidak boleh duduk diam. Pn Nani pun kecoh juga tapi masa beliau kahwin reti pula beliau kontrol ayu. Tapi walaupun Pn Noi kecoh, dia tetap ayu dan anggun. *ayat jaga hati Noi.

    13. Lawak En. Pekji tentang "Keluarga Ujang" adalah lawak yang paling menjadi walaupun Pn Noi tidak perasan mengenainya. Lawak Ust Shai tentang 'Adin' pula tidak menjadi kerana Pn Noi buat tak layan sahaja.


    14. Mat Rapi (A'an adik Noi) sudah tidak rapi lagi. Hampir sama rentungnya dengan En Topek. Menurut beliau, Majlis beliau yang dijadualkan pada bulan Disember mungkin akan dipercepatkan ke bulan Ogos. Jeles tengok akak dia dah boleh mesra-mesra depan Mak Ayah dorang kot. Patah pinggang la Mak Ayah korang, tak sampai 2 bulan dapat menantu lagi.

    15. Ada ura-ura yang 7 Budak Jahat akan melawat rumah En Kooti di Pekan La-Best, tapi ianya tidak menjadi kerana En Pejal & En Pekji balik awal. Kalau jadi pun, bila jumpa tak tau nak buat apa. Takkan nak peluk dia kot..



    Ini saja sedikit (memang sedikit) fakta dan auta yang dapat saya tulis sepanjang berlangsungnya Majlis Perkahwinan Pn. Noi & En Pendi. Majlis begitu meriah walaupun kami sebahagian besarnya sampai lewat. Maaflah jika entry tidak cukup panjang seperti Majlis-majlis sebelum ini. Maklumlah, dapat 2nd half je.

    Saya berasa sungguh teruja kerana pada entri kali ini saya tidak langsung mengutuk En Anip. Bukan En Anip sahaja, malah hampir semua yang hadir. Bagus sungguh saya.

    Insya-Allah saya akan tambahkan lagi gambar yang telah diupload oleh En. Pekji ini.  * update- dah tambah.

    Majlis ini adalah penutup kepada Marathon Majlis Kawen yang berlangsung sepanjang bulan Mei & Jun. Selepas ini "mungkin" akan ada lagi pada bulan Disember. Tunggulah announcementnya nanti. Anyway,



    Selamat Pengantin Baru Noi & Pendi, Semuga Bahagia Hingga ke Syurga.


    Text by : AmatMizi & Pekji
    Photo by : Pekji & AmatMizi

    Posted at Monday, June 08, 2009 by AmatMizi
    Ha! Ada (31) org tak puas hati  

     
    Monday, June 01, 2009
    Sekitar Majlis Perkahwinan Pn Zaleha Yazid
    Corat-coret sepanjang Majlis Perkahwinan Pn Zaleha Yazid yang telah berlangsung pada 31 Mei 2009 di Hotel Grand Bluewave Shah Alam :

    1. Majlis ini agak kontroversi kerana tidak diwar-warkan di blog seperti Majlis-majlis rakan yang lain. Ia sedikit sebanyak menimbulkan persoalan "apsal aku tak dijemput ye" kepada rakan-rakan yang tidak menerima jemputan. Mungkin anda dijemput, cuma kad jemputan je tak sampai. Cubalah cek dengan Pos Malaysia.

    2. En Topek & Isteri serta En Anip & Family datang all the way dari Johor untuk ke Majlis ini. Cayalah korang!

    3. Kebanyakan tetamu yang datang memakai baju purple, kalau tidak pun hampir-hampir purple ataupun lebih ke arah pink. Tapi En Pengantin Baru yang lalu memakai baju yang berlainan tema pula. Tidak diberitahu katanya.



    4. Majlis Bersanding berlangsung pada lebih kurang pukul 9.00 malam. Diiringi oleh bunyi kompang dari CD. Hehehe..tapi muzik dendangan kumpulan gamelan itu best juga.

    5. Insan yang tiba-tiba muncul adalah Cik Yusliza Yusof dan Pn. Siti Hajar & Family. Tengoklah Cik Liza sempat membelai perut Pn Nani yang ala-ala comel itu sambil diperhatikan oleh Cik Ain. Ntah apa yang difikarkan mereka agaknya.



    6. Tidak terjadi apa-apa peristiwa yang tidak dikehendaki sepanjang Majlis berlangsung. Tengok pada Pengantin Lelaki yang mereka gelar "Pak Lah", peristiwa bengkung terlucut seperti yang terjadi pada majlis sebelum ini sudah pasti tidak akan berlaku.



    7. Pada petang sebelum Majlis ini, pasangan Pengantin telah selamat diijabkabulkan di Masjid Shah Alam. Majlis itu turut dihadiri oleh En Paijo & En Rezib. Tapi pada Majlis ini En. Rezib tidak dapat menghadirkan diri. Jika beliau hadir, pasti lebih banyak lagi fakta tambahan yang saya boleh letak di sini.

    8. Walaupun En Rezib tidak hadir, tetapi beliau tetap mahu sibuk-sibuk dengan meng'sms En Faizul bertanyakan itu ini. Dah namanya pun Rezib, korang paham-paham jelah.



    9. Flowergirl yang sorang ni memang cute. Sila bertanya kepada Pn. Leyha untuk maklumat lanjut.

    10. Khabar-khabar angin mengatakan bahawa Pn. Leyha pernah berskandal dengan En. Iki ketika form 5 dulu. Mungkin secara kebetulan, ada yang mengatakan wajah Pak Lah ada mirip-mirip En Iki. Jangan pula perasan En. Iki, pegi sambung sampai PHD dulu. Baru sama level...



    11. Saya tidak pasti jika Pn. Siti Hajar sedar yang beliau menjadi Pemenang untuk Undi Suka-Suka 14. Selamba je beliau tidak memberi apa-apa respond.

    12. Cik Noriah datang agak lewat kerana bakal suami beliau demam. Pada waktu beliau sibuk-sibuk ini pun bakal suami beliau sedang menunggu di dalam kereta. Harap maklum yang Majlis mereka akan diadakan pada hari Sabtu ini. Harap-harapnya En Fendi sempat sembuh.



    13. Ketika kami sedang menunggu untuk makan, tetiba dewan menjadi gelap dan kedengaran lagu Asmaradana dimainkan. Kemudian muncul Puteri Gunung Ledang yang sangatlah CUN untuk menghidangkan makanan kepada pasangan Pengantin. Lega rasanya kerana akhirnya kami dapat makan.....

    14. Sewaktu dewan bergelap itu juga kedengaran suara Pn Azie memanggil En Topek sedangkan En Topek ada di sebelah beliau. Rupa-rupanya Pn. Azie TAK NAMPAK En. Topek. Pn Nani yang duduk sebelah Pn Azie pun tidak nampak En Topek.

    15. Kalau dah memang orang Johor tu, tetaplah Johor walaupun di Selangor. Upacara Melontar Gula-gula tetap diadakan bersempena dengan adat Johor. En Paijo kelihatan geram gila sewaktu MC mengumumkan tentang upacara melontar GULA bukannya GULA-GULA.



    16. En Sukor & Family datang ketika kami dah pun dapat dessert. Bergegas dari Melaka katanya. Anak En Sukor sangatlah comel membuatkan kami tertanya-tanya, 'Sukor masa kecik-kecik dulu comel ke?'

    17. Tidak pula nampak kelibat En Ipin aka Fahrin Ahmad. Mungkin kad jemputan beliau belum sampai juga ataupun tidak ada teman untuk dibawa datang bersama.



    18. Muka yang lagi lama tak nampak dan hadir pada Majlis ini adalah Pn. Azlin Othman dan En Halim Hafiz. Masing-masing datang bersama family masing-masing. En Halim Hafiz tidak perasan pun kehadiran kitorang dan hanya perasan ketika sedang beratur untuk mengambil gambar. Pn Azlin pula dari mula saya tengok tidak berhenti borak dengan Cik Liza.

    19. Walaupun Pn. Leyha tidak pernah menghadiri mana-mana Majlis Perkahwinan kami, tetapi kehadiran tetap memberangsangkan. Formulanya :
    i. Buat Majlis di KL atau Selangor.
    ii. MESTI Hotel 4 - 5 star.
    iii. Buat waktu Malam, dan ketika musim EPL dah habis.
    iv. Selalu masuk Blog, Facebook kawan-kawan & YM kawan-kawan.
    Sesapa tak kawen lagi, try la formula ini. Yang nak tambah bleh try gak.

    20. En. Yusof, Pn Melah & anak-anak mereka tiba setelah Majlis tamat. Sempatlah juga mereka berjumpa dengan Pn. Leyha dan akhirnya ditemani oleh En. Anip, Pn Nani & En Topek makan di kedai Mamak. Briyani gak, sama je...



    21. Cik Liza sempat berpesan kepada saya agar mewar-warkan yang beliau masih single & available but not that desperate (yang ni saya tambah). Lihat lah gambar beliau tersenyum sambil digelakkan oleh Cik Ain yang telah pun lebih kurus dan cantik. Tapi Cik Ain, kitorang layan Nikon & Canon je..hehehehe..

    22. Buat pertama kalinya saya meminta izin dari Pengantin untuk membuat entry pasal Majlis beliau. Maklumlah, Majlis Private. Karang tak mintak izin kena saman plak. Bahaya woo Pengantin Lelaki tu lawyer.

    23. Pada waktu entri ini ditulis, Pn Leyha telah genap usianya 29 tahun. Happy Birthday Leyha. Seronoklah dapat hadiah birthday besar. Boleh peluk-peluk plak tuh. Harapnya dapatlah korang cepat-cepat meramaikan kaum Melayu di UK nanti.


    Itu sahajalah sedikit sebanyak fakta & auta yang lebih sepanjang berlangsungya Majlis ini. Ada lagi auta-auta yang ingin saya masukkan mengenai En Anip tapi cukup-cukuplah saya mengutuk beliau, nanti dah besar Haykal baca blog ini dia malu plak. Heheheh..

    Kepada En. Pekji, walaupun saya tidak genius, tapi Leyha kawan juga dengan saya. Itulah, on lah YM selalu, nanti mesti Leyha buzz punya.

    Oh ye, sebelum terlupa, Pasangan Pengantin juga menjemput anda semua untuk memeriahkan Majlis Pihak Lelaki pada 13 Jun, Sabtu bertempat di Lot 3234, Taman Sagumpas 1, Mentakab Pahang dari jam 11 pagi hingga 3 petang. Kalau nak datang lewat macam Melah pun Isya-Allah di layan juga.

    Apapun, Selamat Pengantin Baru Leyha & Pak Lah!!!

    Jumpa lagi hari Sabtu ni di Majlis Cik Noriah Noi!!!


    Posted at Monday, June 01, 2009 by AmatMizi
    Ha! Ada (34) org tak puas hati  

     
    Sunday, May 31, 2009
    gathering kat restoren chawan, telawi, bangsart

    Kepada kekawan,

    terima kasih kepada yang datang malam tadi iaitu, zairul, wife n anak pempuan diorang yg comel, sniff, a'a dan haikal, noi dan pendi yg lagi seminggu nak kawin, amat, rezib mamat paling hot, paijo dan juga saya dan arpa.

    Kepada yang ye ye kelapa nak nak datang tapi tak datang, terima kasih juga diucapkan. Memang ini gathering tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan post party anugerah bintang populer. Jangan buat macam ni selalu OK.

    memandangkan saya takde gambar yang di ambik, jadi sedikik ulasan dan cubitan dan saya tentang perkumpulan malam tadi:-

    1) Bawang aka Yahya Otman tak datang walawpun serumah dengan Paijo. Katanya ada jumpa customer pada malam tersebut. Cuma ada yang berteka-teka customer jenis apakah yang bawang inging jumpa pada malam minggu pukul 10 malam.

    2) Sniff, A'a and Haykal all the way dari Pontian tido umah saya malam tadi. Haykal siap jatuh berdentum dari atas tilam baru saya. Kalau dah jatuh berdentum tu mesti la tebal tilam dia kan. Lu pikir la sendiri harga dia berapa ribu ok.


    3) Ada rumors Rezib hot ambik kelas yoga. Apatah lagi dress up dia memang ala2 balik kelas yoga. Lagi satu, badan dia nampak kurus sikit. Tak tau la kot2 Rezib skang slalu pegi main futsal kat Sport planet pulak.

    4) Waitress nyaris kena penampar kanan dgn Paijo ngan Rezib pasal tak paham bahasa lawyer. Bil keluar dekat 10 kali.


    5) Paijo jugak menimbulkan hasutan untuk pergi karauke ataupun main snuker pulak lepas tu. Tapi tak mendapat sambutan. Apatah lagi Anip sedang batuk2 TB - takut Bini.

    6) Noi bukan main ceria nak kawin. Semua 'persiapan' dah ready katanya. Kesian bakal laki noi, Pendi yang kena teman Noi datang walaupun tengah demam. (belum kawin dah ada ciri2 queen kontol).

    7) Zairul punya topi memang rare. Tak tau la saiz berapa tu. Tahun depan dia nak pergi US sambung belajar. Uni apa gua dah lupa. Dia jugak hos rancangan ala2 erik liong. Nak details, tanya dia coz yang ni pun saya dah lupa.


    8) Rezib terlepas cakap pulak punca Jalu kena belasah dulu. Macammana gua nak explain kat arpah ni Rezib woi? Hadoi.

    9) Ada satu isu masa lepak tu agak panas (Gua saje panaskan sebenarnya). Isu rahsia, lebih rahsia dari terowong bawah tanah dari pejabat PM ke rumah PM. kakakaka.

    10) Terima kasih kpd Paijo coz sudi belanja semua. Terima kasih banyak2. Saya intai bil dia, dekat RM 150 juga. Tu termasuk desert pisang bakar Rezib. Jo, pasal paper bag ISETAN nak gua highlight tak kat sini? haha


    11) Pagi tadi, gua dgn arpa bawak anip sekeluarga pegi Ikea. Banyak gak dia memborong bagi menampakkan rumahnya lebih KL dari rumah-rumah lain di sekitar parit masjid.

    12) Amat (co-organizer) pun tak datang. So saya lah yg mengambil tugas menulis blog cakap berapi ni.

    Sekian.

    "BAITI LEBIH CUN DARI SITI HARNULIZA"
    (kena lu kali ni Amatttt!!!)


    P/s Kita jumpa time Noi kawin nanti. Dengarnya pelamin dan mekap ribu2 jugak. Maklum la bonos perodua kan banyak setiap thn.

    Posted at Sunday, May 31, 2009 by pekji
    Ha! Ada (29) org tak puas hati  

     
    Wednesday, May 27, 2009
    Gathering at Bangsar
    Assalamualaikum...

    A small gathering will be held as follows :

    Date    : 30th May 2009, Saturday
    Time    : 8.00pm
    Venue : Bangsar (TBA by Pekji)
    Fee     : Makan sendiri bayar (mari kita ramai-ramai pow Pekji)

    Semua dijemput hadir untuk memeriahkan suasana. Lagipun dah boring asyik berkumpul sambil makan nasik minyak je.

    Sila call or sms or YM or PM Facebook Amat atau Pekji untuk pertanyaan lanjut.

    Yang dah confirm datang :
    1. Pekji
    2. Paijo
    3. Anip & Family
    4. Amat
    5. Rezib
    6. Bob Katak (MAN U KALAH!!!)

    Terima Kasih.


    Posted at Wednesday, May 27, 2009 by AmatMizi
    Ha! Ada (5) org tak puas hati  

     
    Tuesday, May 26, 2009
    Jemputan ke Majlis Perkahwinan Cik Izyani Yusof & Cik Noriah Asmui
    Assalamualaikum semua...

    Kita tiba di bulan 'Jemputan Kahwin'. Larat tak larat kenalah juga memenuhi jemputan yang telah diberikan. Lagipun ada baiknya juga, dapatlah bertemu rakan - rakan di samping menjimatkan kos makan. Kalau larat nak lepak sampai abis Majlis mesti dapat nasik bungkus lagi. Ok lah,

    Pertama, Jemputan ke Majlis Perkahwinan Saudari Izyani Yusof pada 31 Mei ini di Batu Pahat. Details seperti di bawah :


    Kepada sesiapa yang macam ingat-ingat lupa siapa Izyani nih, dia sudah tentulah perempuan kan, pelajar kelas 5/3 yang ala-ala innocent. Comel-comel je orangnya. Dia ada adik lelaki junior kita yang "comel' juga iaitu Izwan kot x salah saya. Izwan ye bukan IDZuan. Batch Botak Form 3. Dah ingat? Tak ingat jugak korang tengok jela Facebook dia. Sebab dia innocent, so takdelah gossip -gossip tentang Izyani nih.

    Kedua, Jemputan ke Majlis Perkahwinan Saudari Noriah Asmui pada 6 Jun ini di Bandaraya Labis. Details seperti di bawah :



    Kepada sesiapa yang ingat-ingat lupa si Noi nih, korang cuba ingat muka Adin atau pun muka Lanz Kuda.......ha, dah ingatkan Noi yang mana satu! Tak ingat jugak cuba korang ingat muka Ahmad Anuar (A'an) Junior kita Form 2, adik si Noi nih.. Ha dah ingat kan...... Rasanya semua ingat si Noi ni sebab dia kan peramah. Kalau tak ingat muka pun mesti ingat Mulut Becok dia..Pada Majlis ini juga, jangan lepaskan peluang  untuk melihat tangisan 'Laki orang yang dah beranak satu' atau mungkin ada ramai lagi yang akan menangis, maklumlah Noi kan banyak skandal..

    Jemputlah memeriahkan lagi majlis kedua-duanya ya. Insyallah saya akan berada di sana. Kalau saya tak datang pun, Anip mesti datang punya..

    Ok, jumpa anda & Anip di sana...................bersama Blueberry nya..

    Selamat Pengantin Baru Buat Izyani & Noi...

    Posted at Tuesday, May 26, 2009 by AmatMizi
    Ha! Ada (5) org tak puas hati  

    Next Page