|
Tarikh : 10th December 1997
Tempat : Home Restaurant, Segamat Event : Majlis Perpisahan bagi Kelas 5/1 & 5/3 Kehadiran : Semua pelajar (rasanya lah) ~~~~~~~~~~~ Sehari selepas habisnya kertas SPM yang terakhir, kami telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk kami-kami sahaja, maksudnya pelajar kelas Pengajian Islam sahaja. Sebab mengapa Majlis ini tidak diadakan untuk semua pelajar adalah kerana gap antara habisnya kertas SPM terakhir bagi kelas sains dan kelas agama agak jauh. Lagipun, kelas sains juga mengadakan majlis perpisahan mereka di hotel (lupa nama hotel tu) bersama Ustaz & Ustazah mereka. Saya tidak berapa ingat tentang detail flow of this event. (Harap rakan-rakan seperti Anip & Pekji dapat membantu di ruangan komen nanti). So, saya ceritakan apa yang termampu saya ingati dengan bantuan gambar-gambar ikhsan dari En Penchu. ![]() 1. Gambar 1st ni kita semua tau difokuskan kepada sapa kan. Kelihatan dalam gambar adalah Cik Siti Hajar, Cik Dewi Hartaty, Cik Ramelah, Cik Salmi Achik & Cik Hadilawati. Semua mereka kelihatan begitu lapar. Tengok lah nasi Cik Dewi tu, penuh satu pinggan. Kalau sekarang mesti makan separuh pinggan je. Cik Ramelah pula kelihatan ingin seperti ingin potong Q, lapar sangat la tuh. 2. Gambar 2nd pula difokuskan kepada En Anip yang sedang membuat muka gangster. Apa sebab utamanya tidak pula diketahui. Juga kelihatan En. Amat yang saya tak tau la stail apa dia buat tu, En Iki yang bermain mata dengan En Kekak yang memakai baju size XXXL. Turut kelihatan adalah En Pekji yang sedang berborak dengan sape ntah serta separuh badan En Rezib & En Rahim. Waktu ini semua masih malu-malu kambing lagi, maklumlah kita dulu kelas lain-lain jantina. So ambik makanan pun bergilir-gilir jantina. ![]() 3. Ini pula adalah gambar candid malu-malu Cik Dewi yang diambil oleh En Penchu. Cik Dewi dulu terkenal juga dengan trademark Spek Besar beliau. Tetapi tidaklah sebesar spek En Rashid Kura-Kura. Cik A'a pula mungkin sedang mengenyit mata kepada En Anip, tetapi dengan kedua-dua belah mata. Bahasa rahsia mereka kot. 4. Seperti yang saya katakan tadi. Walaupun sudah tamat zaman persekolahan, kami masih lagi culture shock. Kalau ambik makan pun dah tunggu turn, apatah lagi ketika duduk. Asing-asing beb. Dalam kumpulan ini pun wujud puak-puak juga. Jika diperhati dari aspek Depth of Field, hujung sekali kita dapat lihat En Shai, En Iki, En Amat dan En Zali yang mewakili Geng-geng Buaya 5/1. Sure diorang tengah borak pasal perempuan. Di tengah-tengah pula kita lihat En Rasidz , En Rezib & En Nurul yang sudah tentu tidak bercerita pasal perempuan. Di hadapan pula kita lihat En Didi, En Rahim, En Shakir & En Kekak yang saya tidak pasti apa yang mereka borakkan. * Apsal Rahim bleh lepak kat situ plak, salah clan tuh... ![]() 5. Ini pula adalah meja Puteri. Dapat kita lihat mereka juga duduk ikut clan. Hujung sekali nampak Cik Hajar & Cik Farah serta beberapa lagi yang tidak jelas. Mereka ini mewakili clan Innocent Girl walaupun tidaklah berapa innocent sangat. Cik Hajar tu menang juga Gabungan Nama paling Glamer masa di SMKAS. Di belah hadapan pula kelihatan Geng Puteri Paling Ganas dalam Abad SMKAS iaitu Geng Mohawk. Dapat dilihat Cik A'a, Cik Nani, Cik Achik, Cik Syasha & Cik Yazidah. Cik Syasha & Cik Yazidah paling vogue time nih. Dorang pakai tudung ikut trend. Sekarang kalau jumpa Syasha lagi vouge. Dia tak pakai tudung dah. Kelihatan juga Cik Nurul Anuar yang mahu join kumpulan ini tetapi tidak dapat seat. Kesian dia..... 6. Ish, En Penchu ni rajin betul ambik gambar saya. Masa ni tengah mentekedarah. Sebelah saya adalah En Paijo & En Iki. En Shai & En Anip membelakangi kamera. Juga kelihatan En Achai dan kopiah En Zalie. Alhamdulillah dia dah jadi Ustaz sekarang ni. ![]() 8. Mereka juga sedang menulis buku autograf. Semua sedang khusyuk termenung. Ketika ini majlis tukar-tukar hadiah dah berlangsung kot. Buat ingatan pada yang dah lupa, dulu kita ada jalankan satu game Admire-Admirer yang berlangsung lebih kurang setahun. Dalam masa setahun tu macam bercinta olok-olok la and at this event, kita tukar-tukar hadiah dengan pasangan kita. Ingat tak? Yang paling saya ingat ialah Cik Parcelin dapat hadiah batu bata dari En. Pekji. En. Pekji dulu memang jahat, sekarang kurang la sket. Cakap pasal En. Pekji, korang lihatlah gaya manja Cik Yaya tu. Maybe En Pekji yang snap gambar ni. *Arfa jangan marah... ![]() 9. Gambar En Iki ini diambil kerana beliau memenangi Undian Pakaian Paling Cantik, Kategori Lelaki (Undian tidak rasmi). Pakaian ala-ala pergi office ini memang kenalah dengan gaya beliau yang sopan santun, cakap pun lembut je. Lagipun, masa ni beliau tengah mengayat Cik Leyha. Kenalah tunjuk gaya macam educated sket. Eh, saya rasa saya kenal seluar En Iki tu. Seluar saya tu. Sebelum pulangkan ko basuh tak ki? En Iki juga mempunyai spotlight yang memang boleh melantunkan cahaya. Ada la sikit-sikit gaya macam Ultraman Taro. 10. Gambar satu lagi menunjukkan yang En Shai memang mempunyai kredibiliti seorang buaya. En Penchu yang memang bercinta dengan Cik Dewi pun tidak berdating ketika ini (sebab Penchu yg ambik gambar) tapi En Shai selamba je dating 4 orang terus. Suspek la lu bro...tapi lu kuat merajuk la..x cool. hahaha 11. Gambar bawahnya pula adalah gambar '7 Budak Nakal (yang tinggal 5 je)' dan 'Geng Mohawk'. Mereka ni lah kaki pukul Junior. Minta maaflah ye Encik & Cik Junior yang pernah kena pukul. Biasalah tu hidup zaman asrama. Jangan la simpan dendam pulak.. ![]() 12. Eh, ingatkan takde yang dating, rupa-rupanya sempat jugak mereka ni berdating. En Abe ketika ini sedap-sedap je badannya, tapi sekarang dengarnya dah 2 kali ganda. Maklumlah dah lama tak jumpa. Last jumpa pun masa dia kahwin, lepas tu tak nampak dah muka dia (Vote for Abe). Cik Nani pula tersipu-sipu malu tapi mahu. Tengok En Abe pun dah kenyang dah... 13. Owh....En Madon pakai smart - smart sebab nak dating dengan Cik Syasha rupanya. Tengoklah senyuman En Madon, sampai telinga tu. Yelah dapat date dengan Awek Paling Vouge time tu. Mau tak gembira. Makan pun sket je. Kenyang makan sepinggan dengan Cik Syasha. Cik Syasha pula agaknya bengang kot sebab En Madon tak suap dia makan. Pasangan ni hangat gak dulu. Tiap hari dating. Tiap malam pun dating. Fakta tambahan : 14. Saya pelik kemana menghilangnya pasangan paling hot, RAMZILAH pergi berdating. En Penchu tak dapat carik dorang kot. Ke dorang berdating tempat lain. 15. Selain Abe-Nani, Madon-Syasha, RAMZILAH, Anip-A'a, Pekji-Yaya, Penchu-Dewi dan Iki-Leyha, pasangan yang turut ada adalah Zalie-Emo, Aca-Yazidah, Zairul-Oja, Achid-Tini, Rezib-Linda, Bawang-Shamsiah serta Kenol-Noni. (yang ni aku tambah) 16. Pasal Admire-admirer tu, yang saya ingat - Amat admire Hajar, Hajar admire Iki, Iki admire Leyha, Leyha admire Amat. Satu pusingan je, tak berkembang langsung. Owhh...ini kot sebabnya En Iki digossipkan dengan Cik Leyha. 17. Tidak ada satu pun gambar beramai-ramai yang diambil kecuali yang satu di atas tu. Mungkin sebab filem dah habis ataupun sebab ramai yang tak nak gambar dirinya diambil. Itu jelah sedikit sebanyak imbauan kepada kisah yang telah berlaku hampir 12 tahun dulu. Banyak sungguh kenangan di sini. Apa pun, di harap satu hari nanti kita dapat berkumpul lagi seperti ini dengan kuantiti yang lebih besar. Hopefully.. P/S : We plan to have one big gathering somewhere in November. Any idea and suggestion? *Photo : Credit to Ustaz Penchu. |
| ajax August 7, 2009 09:22 AM PDT Hidup SMKAS......! | ||
| Yaya July 3, 2009 08:58 PM PDT amat: hampes lah ko nih!! anip : betol2....admire shai si noni.. aku kan sato dorm ngan noni dulu... apa cer si noni skang ek..? ada sapa2 tau pasal adibah samiyah? | ||
| zalie June 18, 2009 06:21 PM PDT Amat: Aku tak setuju perkara 15. Sebabnya zalie je yg dtg, yg lg satu takde, linda pun sama gak. tu yg paling aku ingatlah... | ||
| pekjon June 16, 2009 11:01 PM PDT aku saje bagi batu bata sebab senang pacelin nak buat umah. kahkahakah (gelak jahat). pengajaran yg nak diberi adalah, kadang2 hidup ini memang kejam. Tak caya tanya Noni. | ||
| amat June 16, 2009 01:37 PM PDT Aku mcm igt2 je Abg Ramli nih... | ||
| Shai June 15, 2009 12:47 AM PDT Sniff: Wakaakakaa.. Ingat xde sapa ingat.. | ||
| topex June 14, 2009 04:45 PM PDT wuahahahaha...tak do kojo den... | ||
| OjA June 13, 2009 07:43 PM PDT topex.. ko still jd fasi tunas bistari eh.. ko kim salam eh kt abg ramli. | ||
| topex June 13, 2009 03:17 PM PDT Oja!! Abang Ramli kim salam.. | ||
| OjA June 13, 2009 12:42 PM PDT mat... wat ler carta secret admire tuh.. tp aku x ingat ler aku dpt sape.. | ||
| OjA June 13, 2009 12:22 PM PDT adoiiii hai mat.. ada jer idea best ko.. aku suggest wat gathering kt restoren tu lg ok ker? tiap kali lalu area situ mesti teringat farewell tu.. refresh back.. | ||
| pcu June 12, 2009 09:31 PM PDT tu bru sikit mat gmbar, ada lagi pd aku.....psl big gthering tu aku on je tp aku sorang je kot..... | ||
| amat June 12, 2009 08:27 AM PDT Sniff : Kira mcm Noni tu mmg mnt kat Shai la heh....kuikui.. Bro & Sis.. kalau nak bg gambar tambah, gua terima dgn hati yg terbuka. Emel kat aku or upload la kat fb k... | ||
| nuyulhussin June 12, 2009 07:28 AM PDT bodosss la amat ni...benci sgt! mak ade byk lg koleksi gmbor tu..gmbor yg ntah pape pun ade ms farewell tue. | ||
| sniff June 11, 2009 10:51 PM PDT 1) kita sumer super hyper GONJEEEEEENNNNGGG!!! 2) sape punye cap la gua pakai tuh... Mata stim nasik baryani tu 3) Wa nak bukak satu rahsia ni.... SHAI DAPAT ADMIRE NONI HAHAHAHA... Kalau x A'a yg dapat tp Noni suroh tukar n A'a amik Bawang. Sila merajuk ngan aku skarang ustat shai kikiki | ||
| zerul June 11, 2009 05:59 PM PDT weh..aku ader collection gambar mase ni..ko nak x bole upload tmbh hahah... | ||
| amat June 11, 2009 05:26 PM PDT Iki : Patut la aku pakai pastu gatal...weh spotlight ko tu menawan la.. | ||
| iki June 11, 2009 05:24 PM PDT Mat: aku tak basuh seluar ko tu mat, aku bagi gitu je mat, maklumlah seluar padini lah katakan.... | ||
| amat June 11, 2009 04:35 PM PDT Hahahaha.. Pekji anda memang berhati batu.. | ||
| Nani June 11, 2009 04:20 PM PDT aku ingat lagi scene parcelin nanges sbb dpt adiah batu bata dr pekji.. | ||
| melah June 11, 2009 04:01 PM PDT Amat: dpn Yaya tgh posing ayu utk Pekji tu ialah aku...tgh tulis autograf...aku ingat baju sbb aku pnjam bju akak aku...hahahahaha...nak dating kan...kena pakai bju cntik...sblh aku leyha...yg bju purple...wei aku x dating kt situlah...kt stesen bus gua dating....hehehehe | ||
| amat June 11, 2009 03:48 PM PDT Ain : Aku pun x dpt kesan mn peginya awek hot tu.... Nani : Hehehehe..dah kautim dlu kan..heheh | ||
| Nani June 11, 2009 03:46 PM PDT kurang asam betul amat nih... | ||
| ain fadzal June 11, 2009 03:41 PM PDT aku adik junior satu dorm dgn kak syasya bangga seh.... weh, mana pegi kak syam dlm ni? | ||
| Leave a Comment: |