Entry: Sekitar Majlis Perkahwinan Pn Zaleha Yazid Monday, June 01, 2009



Corat-coret sepanjang Majlis Perkahwinan Pn Zaleha Yazid yang telah berlangsung pada 31 Mei 2009 di Hotel Grand Bluewave Shah Alam :

1. Majlis ini agak kontroversi kerana tidak diwar-warkan di blog seperti Majlis-majlis rakan yang lain. Ia sedikit sebanyak menimbulkan persoalan "apsal aku tak dijemput ye" kepada rakan-rakan yang tidak menerima jemputan. Mungkin anda dijemput, cuma kad jemputan je tak sampai. Cubalah cek dengan Pos Malaysia.

2. En Topek & Isteri serta En Anip & Family datang all the way dari Johor untuk ke Majlis ini. Cayalah korang!

3. Kebanyakan tetamu yang datang memakai baju purple, kalau tidak pun hampir-hampir purple ataupun lebih ke arah pink. Tapi En Pengantin Baru yang lalu memakai baju yang berlainan tema pula. Tidak diberitahu katanya.



4. Majlis Bersanding berlangsung pada lebih kurang pukul 9.00 malam. Diiringi oleh bunyi kompang dari CD. Hehehe..tapi muzik dendangan kumpulan gamelan itu best juga.

5. Insan yang tiba-tiba muncul adalah Cik Yusliza Yusof dan Pn. Siti Hajar & Family. Tengoklah Cik Liza sempat membelai perut Pn Nani yang ala-ala comel itu sambil diperhatikan oleh Cik Ain. Ntah apa yang difikarkan mereka agaknya.



6. Tidak terjadi apa-apa peristiwa yang tidak dikehendaki sepanjang Majlis berlangsung. Tengok pada Pengantin Lelaki yang mereka gelar "Pak Lah", peristiwa bengkung terlucut seperti yang terjadi pada majlis sebelum ini sudah pasti tidak akan berlaku.



7. Pada petang sebelum Majlis ini, pasangan Pengantin telah selamat diijabkabulkan di Masjid Shah Alam. Majlis itu turut dihadiri oleh En Paijo & En Rezib. Tapi pada Majlis ini En. Rezib tidak dapat menghadirkan diri. Jika beliau hadir, pasti lebih banyak lagi fakta tambahan yang saya boleh letak di sini.

8. Walaupun En Rezib tidak hadir, tetapi beliau tetap mahu sibuk-sibuk dengan meng'sms En Faizul bertanyakan itu ini. Dah namanya pun Rezib, korang paham-paham jelah.



9. Flowergirl yang sorang ni memang cute. Sila bertanya kepada Pn. Leyha untuk maklumat lanjut.

10. Khabar-khabar angin mengatakan bahawa Pn. Leyha pernah berskandal dengan En. Iki ketika form 5 dulu. Mungkin secara kebetulan, ada yang mengatakan wajah Pak Lah ada mirip-mirip En Iki. Jangan pula perasan En. Iki, pegi sambung sampai PHD dulu. Baru sama level...



11. Saya tidak pasti jika Pn. Siti Hajar sedar yang beliau menjadi Pemenang untuk Undi Suka-Suka 14. Selamba je beliau tidak memberi apa-apa respond.

12. Cik Noriah datang agak lewat kerana bakal suami beliau demam. Pada waktu beliau sibuk-sibuk ini pun bakal suami beliau sedang menunggu di dalam kereta. Harap maklum yang Majlis mereka akan diadakan pada hari Sabtu ini. Harap-harapnya En Fendi sempat sembuh.



13. Ketika kami sedang menunggu untuk makan, tetiba dewan menjadi gelap dan kedengaran lagu Asmaradana dimainkan. Kemudian muncul Puteri Gunung Ledang yang sangatlah CUN untuk menghidangkan makanan kepada pasangan Pengantin. Lega rasanya kerana akhirnya kami dapat makan.....

14. Sewaktu dewan bergelap itu juga kedengaran suara Pn Azie memanggil En Topek sedangkan En Topek ada di sebelah beliau. Rupa-rupanya Pn. Azie TAK NAMPAK En. Topek. Pn Nani yang duduk sebelah Pn Azie pun tidak nampak En Topek.

15. Kalau dah memang orang Johor tu, tetaplah Johor walaupun di Selangor. Upacara Melontar Gula-gula tetap diadakan bersempena dengan adat Johor. En Paijo kelihatan geram gila sewaktu MC mengumumkan tentang upacara melontar GULA bukannya GULA-GULA.



16. En Sukor & Family datang ketika kami dah pun dapat dessert. Bergegas dari Melaka katanya. Anak En Sukor sangatlah comel membuatkan kami tertanya-tanya, 'Sukor masa kecik-kecik dulu comel ke?'

17. Tidak pula nampak kelibat En Ipin aka Fahrin Ahmad. Mungkin kad jemputan beliau belum sampai juga ataupun tidak ada teman untuk dibawa datang bersama.



18. Muka yang lagi lama tak nampak dan hadir pada Majlis ini adalah Pn. Azlin Othman dan En Halim Hafiz. Masing-masing datang bersama family masing-masing. En Halim Hafiz tidak perasan pun kehadiran kitorang dan hanya perasan ketika sedang beratur untuk mengambil gambar. Pn Azlin pula dari mula saya tengok tidak berhenti borak dengan Cik Liza.

19. Walaupun Pn. Leyha tidak pernah menghadiri mana-mana Majlis Perkahwinan kami, tetapi kehadiran tetap memberangsangkan. Formulanya :
i. Buat Majlis di KL atau Selangor.
ii. MESTI Hotel 4 - 5 star.
iii. Buat waktu Malam, dan ketika musim EPL dah habis.
iv. Selalu masuk Blog, Facebook kawan-kawan & YM kawan-kawan.
Sesapa tak kawen lagi, try la formula ini. Yang nak tambah bleh try gak.

20. En. Yusof, Pn Melah & anak-anak mereka tiba setelah Majlis tamat. Sempatlah juga mereka berjumpa dengan Pn. Leyha dan akhirnya ditemani oleh En. Anip, Pn Nani & En Topek makan di kedai Mamak. Briyani gak, sama je...



21. Cik Liza sempat berpesan kepada saya agar mewar-warkan yang beliau masih single & available but not that desperate (yang ni saya tambah). Lihat lah gambar beliau tersenyum sambil digelakkan oleh Cik Ain yang telah pun lebih kurus dan cantik. Tapi Cik Ain, kitorang layan Nikon & Canon je..hehehehe..

22. Buat pertama kalinya saya meminta izin dari Pengantin untuk membuat entry pasal Majlis beliau. Maklumlah, Majlis Private. Karang tak mintak izin kena saman plak. Bahaya woo Pengantin Lelaki tu lawyer.

23. Pada waktu entri ini ditulis, Pn Leyha telah genap usianya 29 tahun. Happy Birthday Leyha. Seronoklah dapat hadiah birthday besar. Boleh peluk-peluk plak tuh. Harapnya dapatlah korang cepat-cepat meramaikan kaum Melayu di UK nanti.


Itu sahajalah sedikit sebanyak fakta & auta yang lebih sepanjang berlangsungya Majlis ini. Ada lagi auta-auta yang ingin saya masukkan mengenai En Anip tapi cukup-cukuplah saya mengutuk beliau, nanti dah besar Haykal baca blog ini dia malu plak. Heheheh..

Kepada En. Pekji, walaupun saya tidak genius, tapi Leyha kawan juga dengan saya. Itulah, on lah YM selalu, nanti mesti Leyha buzz punya.

Oh ye, sebelum terlupa, Pasangan Pengantin juga menjemput anda semua untuk memeriahkan Majlis Pihak Lelaki pada 13 Jun, Sabtu bertempat di Lot 3234, Taman Sagumpas 1, Mentakab Pahang dari jam 11 pagi hingga 3 petang. Kalau nak datang lewat macam Melah pun Isya-Allah di layan juga.

Apapun, Selamat Pengantin Baru Leyha & Pak Lah!!!

Jumpa lagi hari Sabtu ni di Majlis Cik Noriah Noi!!!


   34 comments

leyha
June 25, 2009   11:21 AM PDT
 
Melah: Thanks Melah! Walaupun bibik lambat, tak kesah punyaa!

Iki: Thanks.

Zerol: Thanx!

Pcu: Terima kasih!

Anip: Thanks yek. Kem salam A'a. Yelah..memang sadis balik sana semula nanti. Drama airmata lah gamaknye.

Yan: Thanks Yan. Hadiah ada? Hehe

Amat: Pandailahhh scandal2. Hahaha.. Caklempong hokehhh bukan gamelan! Hohh!

Pekji: Terima kasih dan terima kasih lagi sekali kerana memahami! :D

Zaharah: Tenkiu!

Topex: Thanks! Ye betul!..kalau tak mekap, gitu jugaklah mukanya..Haha..
Shai
June 9, 2009   11:30 AM PDT
 
Ahhhh.. Mampos la..
Lantak la..
amat
June 8, 2009   03:01 PM PDT
 
Hajar pki aerial ke dlu?? br tau la...
topex
June 8, 2009   01:04 PM PDT
 
mungkin tema wedding leha adalah gigi rata dan senyuman menawan. sebab tu la ko x dijemput shy..mungkin sebab tema tu la jugak tiba2 je noi n aja menjelma di majlis perkahwinan kawan2 !!x sia2 hajar pakai arial kt gigi mase skolah dulu....
pekjon
June 7, 2009   09:28 PM PDT
 
Shai: Jurang agregat SPM ko terlalu besar. Lain kali skor macam Amat!
anip
June 6, 2009   11:00 PM PDT
 
shai : walaupun ko satu sekolah ngan leha since primary school x semestinya ko org penting dalam idup dia. Harap tabah...takbir!!!!
amat
June 5, 2009   04:06 PM PDT
 
Shai : Aku paham perasaan ko waktu nih... bersabar ye..
Shai
June 5, 2009   01:05 PM PDT
 
( tgh kecik ati sebab kwn dari masa sekolah rendah kawin x ajak pon..Sampai ati leyha.. Xpe2...)
amat
June 4, 2009   11:08 AM PDT
 
Melah : Aku sedang membayangkan 2 bulan yg sepi itu....huhuhuhuhuhuhu
melah
June 4, 2009   10:53 AM PDT
 
Amat Tarmizi: aku nak beri lak peluang bini ko n bini topex senyum lebih-lebih smntara bini ko x beranak lagi.....nnti bini ko beranak....ko lak yang meroyan lebih2...kuangkuang...............
amat
June 4, 2009   09:47 AM PDT
 
Topek : weh Topek! mestilah kita kenal awak lagi... kita pun slalu gak blk kg.. bgla no phone.. eh dah kurus ke??? (agak2 cmtulah si Jaja nak balas kat Yan..)

Melah : Tp srkg aku dah jarang nmpk ko senyum... apa jadi dgn piala tuh????
melah
June 4, 2009   09:05 AM PDT
 
Amat n Topex : beb! bini korang senyum sampai telinga ke separuh mulut pun tak habis senyum....lepas korang nikah dulu.....heheheh...Ada jer nama aku terselit kan.....huhuhuhu
topex
June 3, 2009   08:20 PM PDT
 
selamat pengantin baru leyha n pak lah
iki: sandarkan pada kenangan..

yan: leyha tu lawa pasal mekap kak long..kalau x cmtu la jugak..hehe

amat: weh amat!kenal kite lagi x?bile nak balik kg..(ala2 yan..keh keh)

anip: kita tgk noi punye senyum lps kawen ni nep. kalau sampai telinga maknanya dia dpt piala lagi besa dr piala yg melah dpt. kalau x maknanya so n so aje le....
amat
June 3, 2009   09:58 AM PDT
 
Ain, jgn lps kawen nnti naik blk plak..klu naik sbb ada org kat dalam xpela..alhamdulillah..
Ain
June 3, 2009   09:40 AM PDT
 
Sape tu yg puji aku..Thanks ye..ahaks..Ni la penangan lps putus tunang..Kecewa giler..smpi aku geram n bertekad nk kuruskan badan..gembiranya bila dh berjaya ..kihkihkih..
amat
June 2, 2009   05:15 PM PDT
 
Jaja & Yan : Jumpa di rumah Noi nnti..

Pekji : Mmmmmm..no komen la.heheh
yan
June 2, 2009   02:46 PM PDT
 
Leyha: Tahniah leyha, selamat pengantin baru... cantik nye leyha skang, x kenal dah.. sori ye x dpt dtg..

Jarah: Wei Jarah, ingat kite lg x? Contact2 la, x kn x balik kg wei..?

Korang sume: Jeles btul la tengok korang sume, mcm reunion plak, rugi btul rasanye x pegi, tp nak wat mcmana kan.. xde rezeki..
pekji
June 2, 2009   02:34 PM PDT
 
Amat sial
Zaharah
June 2, 2009   01:38 PM PDT
 
leyha, tahniah :)

hajar, cutenya anak dara awak
melah, awat datang lambat?? tiduran, kah?? =P
liza, aku sudah pindah lah, klu tak leh jumpa secara tidak sengaja di pasar malam..ahaks
amat
June 2, 2009   12:17 PM PDT
 
Halim : Pasni jgn lupa involve dlm sume aktiviti yg di organize..(mcm byk aktiviti je)

P/S : Pekji lagi buncit. Dia tak kawen lagi tuh..
Halim Hafidz
June 2, 2009   11:31 AM PDT
 
Perghh... lame giler aku tak jumpa korang. Masing2 dah buncit (especially aku la). Semua ceria & mesra macam dulu. This is what we call ukhwah. HIDUP SEMEKASIAN.
amat
June 2, 2009   10:34 AM PDT
 
Haha...besa la Melah, ko mcm Rezib gak. X cukup rencah klu nama tak masuk.
melah
June 2, 2009   10:21 AM PDT
 
Amat.....ko tak kira apa pun kan memang ada jer nak kenakan aku yek...............tapi aku no halnyer...Orang kata biar lambat asal selamat beb! hehehe
amat
June 2, 2009   09:20 AM PDT
 
Noi excited...
anip
June 1, 2009   09:41 PM PDT
 
ooooooopppp tambahan...cuba korang nengok gambar noi tersengih2. Nampak no macam dah tak sabo2 nak dapat PIALA ek..
anip
June 1, 2009   09:38 PM PDT
 
Pekjilat : Capal LV dol... lu igt??

(kasut tertinggal)

Leha n dolah : slamat penganti baru n slamat menganga bila balik glasgow sok. kakaka seksa beb. N thanx 4 the bilik half price

gagalista
June 1, 2009   07:15 PM PDT
 
Takhniah dari gua kepada Leha. Sory tak dapat datang. (Sebab tak dijemput sama mcm Zerol ketua biro kebajikan). kakakaka. Takpe aku paham. Semuga berbahagia ke anak cucu.

Komen gua kepada Sniff, capal lu agak POTONG sikit untuk bergambar kat hotel berbintang bingtang. haha.

Lagi satu, kereta Haikal (yang tercabut tayar depan) tertinggal kat umah sempit gua. Tapi jgn risau gua akan park kat covered parking.
pcu
June 1, 2009   06:17 PM PDT
 
selamat pengantin baru wat leha & suami
zerul
June 1, 2009   04:39 PM PDT
 
Selamat Pengantin Baru to Leyha and Husband...hei apsal aku pun x dijemput ni ???
amat
June 1, 2009   04:23 PM PDT
 
Weh2...scandal Leyha bg ucapan....

Melah : Wedding Planner SEPATUTNYA sentiasa berada 5 meter dari pengantin..tp ko 50 km pun x..
iki
June 1, 2009   04:10 PM PDT
 
Selamat Pengantin Baru buat Leyha & Husband
Name
June 1, 2009   04:07 PM PDT
 
Yelah En. Amat oi... aku n Nani ala2 wedding planner leyha tau...sbb tu lah aku excited nak dtg...tapi nak buat mcm mner...bnder nak jadi...huhuhuhu....horey2 amat mengalah....
amat
June 1, 2009   03:58 PM PDT
 
Yelah Melah.. ni la first time dtg setelah bape lama kan...

Yela yela aku mengalah..
melah
June 1, 2009   01:49 PM PDT
 
At least aku dtg Amat walaupun tnggal kek bezday leyha jer masa tu....tapi aku x mkn pun...apapun Selamat Pengantin Baru Buat Leyha dan Pak Lah...Selamat berhoneymoon ke Genting & Hong Kong.....

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments