|
Corat - coret sepanjang Majlis Perkahwinan Pn Noriah Asmui yang berlangsung pada 6hb Jun di Pekan Air Panas, Bandaraya La-Best. 1. Majlis nikah berlangsung selepas Maghrib pada 5 Jun di rumah Pengantin Perempuan. Majlis turut dihadiri oleh En Pekji selaku O.P (Official Photographer). 2. Penginapan En. Pekji telah dibook oleh Pn Noi di Fu Fa Hotel, La-Best. Menurut Cekgu Asmui, Hotel itu adalah yang paling 5 star di situ kerana hotel-hotel lain seperti Concorde, Pan Pacific & Bluewave tidak berani untuk melabur di Bandaraya La-Best. Mungkin En. Pekji sudi untuk menceritakan pengalaman beliau di ruangan komen nanti. ![]() 3. Jika ditolak En Pekji, En. Pejal adalah warga pertama yang sampai pada Majlis Bersanding. Macam tak caya je...Pn Farah tidak dikira kena beliau adalah saudara-mara Pn Noi. 4. Walaupun En. Pejal datang awal, rasanya beliau tidak ingat pun Pn. Noi yang mana satu. Maklumlah beliau pernah berkata yang beliau hanya ingat Pn. Aidawati sahaja. Takpelah En. Pejal, yang terlepas tu biarlah lepas. Cik Ain & Cik Liza single lagi.. *refer entry Majlis Perkahwinan Leyha. ![]() 5. Kami tidak sempat berjumpa En. Pejal pun kerana kebanyakan kami sampai lewat. Salahkan keadaan trafik yang macam S**L. Di samping itu terjadi juga peristiwa lain seperti saudara meninggal dan saudara berkahwin pada waktu yang sama. 6. Pn. Noi kelihatan sungguh berseri-seri mengenakan Baju Songket warna Emas. Di samping nampak lebih tembam, beliau juga nampak lebih tinggi. Terima kasih kepada kasut heel 4 inci beliau. ![]() 7. Antara geng-geng Mohawk Pn Noi yang hadir adalah Pn Syasha & Family, Pn Achik & Family, Pn Yaya & Family serta Pn A'a & Family. Geng-geng yang bukan Mohawk pula selain En. Pekji, En. Pejal, En. Anip & Pn Farah adalah Ust Shai, En. Amat & Isteri, En Atok & Family serta En. Lanz & Family. 8. Tidak kelihatan pula Pasangan Pengantin Baru yang lalu iaitu Pn Leyha & Suami. Ketidakhadiran mereka telah mencetuskan idea untuk membuat undi suka-suka yang berikutnya. Tunggu..... ![]() 9. Puas kami perhatikan wajah En. Lanz kot-kot ada air mata yang bergenang, tapi kami hampa. Mungkin beliau telah pun puas menangis sebelum ini, refer pada facebook beliau. Lagipun apa nak kisah, Pn Noi dah menangis dulu dari beliau. 10. Ust Shai datang bersama kawan beliau, En Aji serta seorang awek yang ala-ala remaja. Menurut Ust Shai itu adalah mangsa beliau yang ke 18 daripada jumlah yang infiniti. Selain itu Ust Shai juga memakai rantai yang mungkin diberi oleh salah seorang mangsa beliau. Perlakuan itu adalah sesuatu yang amatlah bertentangan dengan apa yang di ajar beliau kepada murid-muridnya di SSI. ![]() 11. Sambil kami berborak-borak di depan Pelamin, kami juga dipersembahkan dengan 'Show Golek-Golek Badan' oleh anak Pn Syasha, Imana yang seronok betul bergolek sambil menghayun hp Ust Shai yang ala-ala 'blueberry' juga. Anak Lanz pula, Aina tertidur keletihan kerana tersangatlah aktif bertukar-tukar pendokong. Paling dia suka Ust Shai, maklumlah Pencinta Wanita. ![]() 12. Pn Noi seperti En Topek juga telah break the pattern. Beliau telah menjadi Pengantin Perempuan yang paling kecoh. Memang tidak boleh duduk diam. Pn Nani pun kecoh juga tapi masa beliau kahwin reti pula beliau kontrol ayu. Tapi walaupun Pn Noi kecoh, dia tetap ayu dan anggun. *ayat jaga hati Noi. 13. Lawak En. Pekji tentang "Keluarga Ujang" adalah lawak yang paling menjadi walaupun Pn Noi tidak perasan mengenainya. Lawak Ust Shai tentang 'Adin' pula tidak menjadi kerana Pn Noi buat tak layan sahaja. ![]() 14. Mat Rapi (A'an adik Noi) sudah tidak rapi lagi. Hampir sama rentungnya dengan En Topek. Menurut beliau, Majlis beliau yang dijadualkan pada bulan Disember mungkin akan dipercepatkan ke bulan Ogos. Jeles tengok akak dia dah boleh mesra-mesra depan Mak Ayah dorang kot. Patah pinggang la Mak Ayah korang, tak sampai 2 bulan dapat menantu lagi. 15. Ada ura-ura yang 7 Budak Jahat akan melawat rumah En Kooti di Pekan La-Best, tapi ianya tidak menjadi kerana En Pejal & En Pekji balik awal. Kalau jadi pun, bila jumpa tak tau nak buat apa. Takkan nak peluk dia kot.. ![]() Ini saja sedikit (memang sedikit) fakta dan auta yang dapat saya tulis sepanjang berlangsungnya Majlis Perkahwinan Pn. Noi & En Pendi. Majlis begitu meriah walaupun kami sebahagian besarnya sampai lewat. Maaflah jika entry tidak cukup panjang seperti Majlis-majlis sebelum ini. Maklumlah, dapat 2nd half je. Saya berasa sungguh teruja kerana pada entri kali ini saya tidak langsung mengutuk En Anip. Bukan En Anip sahaja, malah hampir semua yang hadir. Bagus sungguh saya. Insya-Allah saya akan tambahkan lagi gambar yang telah diupload oleh En. Pekji ini. * update- dah tambah. Majlis ini adalah penutup kepada Marathon Majlis Kawen yang berlangsung sepanjang bulan Mei & Jun. Selepas ini "mungkin" akan ada lagi pada bulan Disember. Tunggulah announcementnya nanti. Anyway, ![]() Selamat Pengantin Baru Noi & Pendi, Semuga Bahagia Hingga ke Syurga. Text by : AmatMizi & Pekji Photo by : Pekji & AmatMizi |
| shai July 3, 2009 03:10 AM PDT Amat : Jgn la tiru aku merajuk.. Siyut la.. Noi : Selagi 'dia' x mintak maaf, selagi tu aku merajuk.. Mkn dlm tau x.. Lanz : Sabar eh...Tawa dlm tangisan... | ||
| Noi June 21, 2009 05:33 PM PDT Sorry...Afzan....konfius.. | ||
| Noi June 21, 2009 05:19 PM PDT Jgn merajuk la...dah nak jd ayah ni... Lama lg ke shai nak merajuk ni?? Arfah: Fu Fa terletak di bandaraya labis. hotel terhebat kat labis...hehehe | ||
| amat June 16, 2009 01:57 PM PDT Lanz : Ko gelak smpi nangis tu sbb nak cover nangis sebak di dada tu kan..terer btl ko cover heh.... | ||
| Lanz June 13, 2009 11:33 PM PDT Pekgi: "Keluarga Ujang" wahahahahaha... aku rasa yg tue paling kelakar sampai nangis... Neway... selAMAT Pengantin Baru buat NOI n FENDY... Patutla AMAT slalu de jek majlis kenduri kawin... okla tue... | ||
| amat June 12, 2009 11:23 AM PDT huhu..Noi tak mention nama aku..sedih..sedih...merajuk.. *ala-ala merajuk macam Shai.. | ||
| NOI June 11, 2009 07:48 PM PDT Terima kasih byk2 kepada semua yg hadir & ucapan dr yg tak hadir... Pengantin kecoh!!!aku pn rasa mmg aku kecoh ari tu,hehehe...tak blh control ayu la... Pekji: Tq byk2 amik gmbr aku...nak kene byr ke?hehehe... masa nikah,aku bkn takde perasaan, tp klu aku start nangis terkejut smua org nti...sedih sbnrny tau!! Anip: aku terharu ko dtg, wlupn ada kematian sedara...nenek a'a eh? | ||
| amat June 11, 2009 09:48 AM PDT Yan : Sori ler Pekji x bgtau pun.. maklumlah kitorng ni lmbt smpi.. | ||
| yan June 10, 2009 09:37 PM PDT amat: aku dtg la mat, org no 2 sampai slps pekji, korang tu yg smpi lambat.. aku sempat jumpa yaya, syasya n farah je.. | ||
| Shai June 10, 2009 02:19 PM PDT Poyo nyer Arfa.. Dah muka mcm Anip, dah la.. Nak ckp org plak.. Hahaha.. Arfa kembar Anip.. | ||
| amat June 10, 2009 10:31 AM PDT Btl tu Di..tu kira mcm byg2 Pekji ms kecik la tuh...hhuhuh | ||
| JimiMore June 10, 2009 12:16 AM PDT cuba tgk gamba yg bwh skali...ada pekji masa kecik2 dulu lah...huhuhuh | ||
| amat June 9, 2009 05:28 PM PDT Shai, aku tertunggu-tunggu apa Leyha nak balas kat komen-komen ko tuh... | ||
| amat June 9, 2009 04:40 PM PDT Yelah Arpah...Tunang ko jugak paling best... yelah.... | ||
| arfa June 9, 2009 01:41 PM PDT shai..muke pesal ader iras muke pekji? gamba ko berdua ngan pekji.. cume ko takde lesung pipit la shai.. | ||
| Shai June 9, 2009 12:04 PM PDT Siyol la lu mat.. Aku ni tgh panas lg pasal Leyha.. Jgn tambah lg.. Huhuhuhu | ||
| amat June 9, 2009 12:00 PM PDT Anak Lanz tgk gigi ko Shai..mesti dia terfikir ni gigi ke pagar sekolah nak runtuh... | ||
| Shai June 9, 2009 11:36 AM PDT Ala, pakai rantai pon kecoh siut.. Hehehe.. Rantai tu bukan suka2, rantai untuk perjalanan darah la.. Xkan korang x tau.. Lawa lak pic aku ngan anak Lanz.. | ||
| amat June 9, 2009 11:04 AM PDT Jane : Hotel Fu Fa yg sebelah apek jual Tau Fu Fa.. Ain : 1. Karang beso2 nmpk sgt kebuyungan aku nanti..pekji jugak 2. A'an dah rentung, tak fotogenik nak diambil gmbar 3. Tunang Pekji dah balik awal. Boring Pekji tinggalkan dia sensorang. Takut orang lain tekel dia plak.. | ||
| ain fadzal June 9, 2009 10:10 AM PDT gmbr2 sgt kecil. nak kasik tgk lebih jelas pun masih kecil. kenapa tak ada muke a'an? dan kenapa tak ada muke tunang en. pekji? | ||
| jane June 9, 2009 09:44 AM PDT Fu Fa Hotel tu kat mana ek? x perasan pun sblm ni.. lubang hidung pekji pujaan tunangnya sgt menyerlah! kak noi cantik :) | ||
| amat June 9, 2009 09:12 AM PDT Pekji : 3. Nsb baik Ustaz Jemi tak tampor ko lagi...mn tau masih berdendam.. 4. Shai ajar science. Anak buah Ust Supini. 5. Lanz dah nangis dlm keta kot..aku tggu dia kuar keta dkt 15 mnt tuh.. 8. Yan datang ke?? x perasan plak.. 10. Hahaha..lawak keluarga Ujang... Anip : 1. Perasan jugak ko ek..tp entri kali ni aku lupa sumbat nama Rezib. ~~~~ Apsal aku gemuk sgt dlm gmbr yg br upload nih?...terer btl ko buat camera trick Pekji... | ||
| Nani June 9, 2009 09:07 AM PDT Slamat Pengantin Baru Noi...Semoga Berkekalan. Amat : Ko pun bukan main control lagi masa kawen..hehe | ||
| sniff June 8, 2009 10:26 PM PDT 1) amat : bila lu cakap lu x kutuk gua dlm enti kali ni, itu merupakan satu kutukan jugak. babeng 2) wa org last skali sampai. Mak Noi siap sound dari jauh, "kwn2 yg baik2 sumer ujung2 baru dtg". Wa cakap, "ada kematian chekguuuuu"... 3) Berkat majlis perkahwinan Noi, moto EX5 adik dia yg dah 2 minggu (lebih kurang) ilang berjaya ditemui ptg tu. Kecoh satu umah. Wa igt ada rimau terlepas. 4) Ustaz Shai pakai rantai, wa pakai subang kat puting tetek belah kiri. Apa ada hal... | ||
| pekji gaga June 8, 2009 05:20 PM PDT 1) Pengalaman tido hotel Fu Fa agak ngeri. Dinding jamban dia tutup separuh je. So bila gua berak, satu bilik bau. 2) Pembetulan, gua bukan Ofisial Fotog. Gua suka2 je tolong Noi. Sape nak khidmat gua, boleh kontek PRO gua. Kalau sape2 rasa besfren gua, gua takdek hal punya. 3) Ustat Azmi pun datang. Gua pun sembang sikit2 dgn dia walaupun gua panas sebab pernah kena tampar dgn dia masa Form 3. Rupa2nya Ustas Jemi dgn Asmui bapak Noi tu kawan. 4) Gua saspek Ustat Shai dah tak ajar Agama kat sekolah sebab pakai rantai g kenduri Noi kawin. Tapi persoalan dia, tak kan dia ajar Math kotttt??? Mungkin ajar Moral... 5) Lanz 4u2c Oh Yeah menangis belakang rumah tepi kelapa sawit. haha. Gua acah aje. 6) Anak Lanz Te Ye Oh Yeah agak comel. Gua tanya apa rahsia dia, Lanz ckp dia comel sebab ikut bapak. WTF?!?! 7) Masa nikah, (malam sebelum) ada drama nangis2. Maklum la mak Noi sedih kot nak bagi anak dia kat orang. Tapi gua tak puas hati Noi buat muka keras takde perasaan je. 8) Aku mula2 tak perasan, ada budak kelas sains nama Yan pun datang. Gua tak ingat sgt muka dia. Arpah yg bgtau gua. Cuma tahap jiwang karat dia dgn Bau mcm Ramzilah gak ni. Hak Hak Ptuiii... 9) Kat Air Panas pun ada tol. 3 tempat - pagar rumah, pintu rumah & pelamin. 10) Jgn lupa ini persandingan Noi kali ke dua. Yang first dulu (madu songsang), tak mekap pun. Jenal je jadi Pak andam. | ||
| OjA June 8, 2009 03:39 PM PDT Selamat Pengantin Baru Noi.. Sorry tak dapat dtg majlis ko.. adik aku nikah kt Raub aritu.. Anyway.. Tahniah | ||
| amat June 8, 2009 03:08 PM PDT Pcu : Shai kata dia x suka pki bj pengantin, tu psl dia x kawen... eh, bila masa dia pki bj pengantin plak... | ||
| Ain June 8, 2009 01:36 PM PDT Selamat pengantin baru buat Noi & husband. Semoga berbahagia n dikurniakan anak2 yg soleh.. | ||
| pcu June 8, 2009 01:22 PM PDT slama pengantin baru wat noi & husband, bahagia smpai akhir hyat.... bile lg shai. | ||
| amat June 8, 2009 12:18 PM PDT nnti la shai aku tmbh..ltk gmbo x puashati ko tu br la semangat sket | ||
| Shai June 8, 2009 12:08 PM PDT Mat, ko x citer pon pasal ketidakpuashatian aku ttg perkahwinan kwn kita yg sebelum ni.... hehehe | ||
| Leave a Comment: |