Entry: SEPUTAR IFTHAR CAKAP BERAPI CAWANGAN JB 1430H @ TASEK MERDEKA Monday, October 05, 2009



Assalamualaikum. Semasa laporan ini disiapkan, hari raya dah nak masuk raya ke lapanblas. Tempeyek dah tinggal serdak dan wajik pun dah dihinggapi kulat. Maafkan keterlewatan Abg Sanip. Tapi bak kata omputih 'better late than never so what the hell bebeh'.

Majlis yang diadakan di Tasik Merdeka (venue tahun lepas) tanggal 13hb Sept 2009 ini bolehla dikatakan sebuah reunion yg agak rare dan sudah tentunya meriah katak. Ini adalah kerana ia bukan sahaja dihadiri oleh batch SPM'97 tapi turut dihadiri oleh budak2 PMR  '95. Senang cakap xdela balik2 muka itu aje yg attend  gathering.

Berikut adalah sedikit fakta tentang majlis tersebut :


YDP CakapBerapi Cawangan JB sedang mengagihkan tiketsambil mengutip payment. Balance ke tak balance Wallahua'lam

1. Sedikit mendukacitakan kerana majlis dibuat pd hari Ahad. Kalau jadi buat hari sabtu Abang Sanip ingat mesti lagi ramai kawan2 seperti Sahak, Tenok, Affie dan Ustat Zainal dapat dtg. Anyway tahniah dan terima kasih kepada Iki Dollah Kakang Kue dan Penchu Rasidz selaku penganjur.


Acai dan Rezib bertanding kasut siapa lagi lawa manakala Bawang & A'a bertanding henbag sapa lagi lawa.

2. Yazid Yusuf n wife adalah yg paling lama sekali menakong menunggu kawan2 lain sampai. Pukul 6 dah terpacak kat depan kambing golek. Dua2 keje audit firm dan masih lagi menunggu anugerah cahayamata dari Tuhan. Keep piling, yo! Meanwhile Rezib, Bawang and Paijo datang sama2 naik satu keta. Diorang ajak Pekji skali tapi beliau ada hal yg x dapat dielakkan (konon).


Satu-satunya mangsa kebakaran hutan di Kalimantan yang terselamat

3. Hadzril 'Ail' Ridzal sekarang self employed. Ada buat bisnes kemah pengantin and keje2 projek korek air bawah tanah. Recently dia dapat projek korek air kat hutan simpan Bekok untuk kegunaan org Asli di sana. Bulan doblas nanti pun beliau ada projek mengorek air juga tapi untuk kegunaan sendiri.


"Gua kena jalan senget pasal kamera gua besar & berat nak mampos. Canon Rules. Nikonian can suck my @$$. Haha" kata Aebot

4. Amirull Salihing aka aebot skrg sudah jadik jurufoto. Rambut pon sudah panjang skrg. Last skali Abang Sanip jumpa dia masa dia keje kat Pelabuhan Tanjung Pelepas. Tukang cuci piston kapal agaknye. Sekarang sudah masyuuuukkk. Income 3-4 ribu sebulan main2 je. Tgk je la lens kamera dia. Dah macam muncung bazooka. Belum kawen lagi mamat ni. Nama je budak Desa Temu Jodoh. Pekji sila take note.



5. Dr.Yazid Sharif aka botak datang bawak wife yg jugak seorang doktor. Botak (sekarang berambut) dah bukak klinik sendiri n bininya doktor kerajaan kat Layang-Layang. Botak bagitau ada ex senior kita yg berketurunan India Muslim offer beliau utk menjadi AJK KIMMA (Kesatuan India Muslm Bahagian Simpang Renggam. Dr.Botak adalah seorang Jawa totok. Kulit jadi rentung pasal selalu tangkap ikan kat Telok Kerang, Pontian masa kecik.



4. Fadli Md Noor datang bersama anak isteri beliau.Mamat yg terkenal dgn sifat over-acting ni adalah seorang guru yg mengajar kat sebuah sekolah di sekitar JB. Cikgu BM kot. Abang Sanip tengok Fadli ni dah x brapa over sangat. Dah rilek2 sikit. Anak dia cute jugak. Sesuai benar kalau jadi menantu Abang Sanip.


"Abang ni butang la baju tu betul-betul. Dada dah la kerempeng" kata bini Amoi

5. Edli Omar aka amoi pun sama jugak, datang dengan bini. Baru kawin budak2 ni. Org kata tgh menikmati saat manis berumahtangga. Pantang tercuit sikit. Edli Omar sekarang keje kat Singapore. Keje mende ntah Abang Sanip x ingat pulak. La ni kita dah xleh panggil dia Amoi lagi. Kena panggil Apek. Kepala penoh uban.


"Sapa tak datang, aku tampor" kata Toyak

6. Ghazali aka Toyak adalah antara orang yang paling sibuk malam tu. Toyak yang bekerja sbg teknisyen kilang minyak sawit  kat Pasir Gudang bakal berkahwin 4 Okt ni so malam tu dia bizi edarkan kad jemputan. Masa malam tu asik berdebat ngan ail n botak tentang sapa lagi hitam. Diorang x sedar hitam itu menawan.


Ail dan Guntur sedang mendengar petua Lanjid menjaga rambut panjang.
"Gua syampoo rambut seminggu 4 kali & pegi rawatan stim kat salun sebulan sekali" kata Lanjid (Baju Merah)

7. Fazlan Majid aka Lanjid datang sorang2 naikmotor x pakai helmet. Kepala besi dari sekolah lagi. Lan sekarang tengah further study dlm bidang accounting kat YPJ. Part time drebar n Abang Sanip dengar ada buat kontrek sikit2. Single lagi ni. Lagi satu, Lanjid bela rambut panjang. Panjang ooooo…. Nak cecah bontot.


"iolz igt iolz nak join uolz la. Kulit iolz ni pun dah memang putih dan halus licin grrrr meoww woff woff" kata Galak kepada Yaya Pedas. Rezib menyokong.

8. Zairie Iskandar Aripzah aka Galak masih lagi kat JB keje shipping company. Sapa nak order spare part kapal boleh order ngan galak. Dia ada 'kantau' (cable) sparepart kapal especially kapal selam. Semasa ditemui Galak masih lagi mengekalkan keremajaan dan ke-solo-annya. Rambut masih lagi lebat dan belah tepi. Badan masih lagi slim. Yang nampak ketara cuma... dia memang dah tinggi.



9. Ini lagi satu makhluk yang dah lama kita x jumpa. Dari majlis kawin usop baru ni lah Abang Sanip nampak muka beliau.Tak lain x bukan en Rashid Isnin aka achid kur2. Achid sekarang cekgu kat mersing. Dah kawin dan dah ada anak. Lelaki. Yang berbeza antara achid dulu ngan Achid skarang adalah spek beliau. Dah kurang sikit tebalnya.Yang lain masih sama. Masih kacak and funny macam dulu.


Gambar ini di snap beberapa second sebelum Topek dive kearah makanan. Diikuti Pejal.

10. Topex n wife, Penchu n wife dan juga En Pejal sampai serentak petang itu. Dah janji dulu barangkali. Tapi kali ni agak rare sikit pasal Pejal takde plak nak balik awal macam selalu.


"Sesiapa yang dengan sengaja memicit punggung Ayang gua, memang gua tetak dengan parang kat belakang pinggang gua ni" kata Guntur. Shai buat-buat tak dengar kerana percaya yang Guntur hanya main-main walaupun Guntur membuat muka serius.

11. Guntur ngan Yaya pedas datang sama2 dari KL. Haaa…ini gossip paling panaih skali. Lagi panas dari ayer masak kat dewan makan skolah kita dulu. Guntur siap singgah umah kat UDA utk hantar kueh. Tak tau la kalau ada tujuan lain. Nak kenalkan kat mak bapak ke…mana la tau. Shai yang berapi2 nak datang bawak chiks seblas orang akhirnya datang secara solo.


Kelihatan sebahagian warga CakapBerapi menggentel pusat Acit Kur2 yang dipercayai boleh memberi tuah.

12. Topik hangat pada malam itu adalah ukuran saiz perot masing2, kehandalan membuat anak serta kehitaman warna kulit. Kalau En Ahmad Tarmizi ada, dah cukup korum untuk buat pertandingan pidato sapa paling rentong. Yang tak hangat adalah topik Rasis Hadiyanta Ahmad jadi dancer pancawarna dan Zainol Hasnizol Hafiz bin Mahfuz jadi tokey kilang air mineral. Kalu bukan kerana kehadiran muka2 rare, Abang Sanip ingat topiknye lepas itu, itu jugakle.Gathering malam tu jugak menyaksikan puluhan batang rokok dihisap oleh kebanyakan warga cakapberapi macam orang x pernah jumpa rokok. Yang paling shocking adalah Rahid Isnin merokok. Wallahi. Botak pon isap rokok jugak walaupon dah jadik dentist duuusss….special ocassion je kot. Gambar x dipamerkan utk menjaga bisness beliau.


"Shai, apa barang jadi Cikgu rambut banyak2. Tengok kitorang. Spotlight mau terang" kata Ayul kepada Shai. Penchu dan Zalie turut berkata benda yang sama.

13. Ustaz  Zazali datang bersama anak pompuan serta dua isteri beliau. Ehh…silap, bersama isteri dan dua anak pompuan beliau. Beliau mengajar satu sekolah ngan wife beliau kat Kulaijaya. Bukan setakat satu sekolah malah satu Panitia jugak (Pendidikan Islam). Kalau shai mengajar kat sekolah diorang mesti meeting panitia sama-sama.


"Yahoo. Tak lama lagi akan keluar seorang bayi yang fotostat muka laki saya. Pakai baju petak2 juga" sorak Wife Penchu.


Warga Cakap Berapi (Boys Session) yang perasan muda


Warga Cakap Berapi Boys & Gils Session


"Cheers Lads!!" (Abang Sanip tau ada orang teruja tengok gambar ni. Macam Abang2 Rugby dia kata, dan diikuti dengan bunyi kucing kepedasan)

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan bersurai lebih kurang pukul 10 malam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana over-eating. Berbanyak terima kasih diucapkan kepada penganjur dan mereka2 yg datang dari Kolumpo dan lain2 tempat yang jauh2. Mana2 yg tinggal berdekatan tapi xdpt datang tanpa alasan yang konkrit, anda tersangatlah rugi.

Abang Sanip juga ingin memohon ampoon sekiranya penulisan abang kali ini melukai hati mana2 pihak. Mulut abang memang jahat sikit tapi takdela macam mulut Rezib. Oh ya! Sapa2 yang masih kontek dengan MOHD HATTA BIN ABDUL HAMID sila bagi kontek number Hatta di ruangan komen kerana En.Rezib ada surprise untuk beliau, iaitu sebatang kayu beruti.  

Sekian, dan selamat menyambut Hari Raya


AIDILADHA





Yang benar,

MOHD HANIF BIN AHMAD
PONTIAN, NEW YORK

P/S: sapa edit ayat2 dalam artikel ni, Abang Sanip sumpah akan dihinggapi kayap di celah kelengkang.


   15 comments

Moncler 2012
September 21, 2012   02:12 PM PDT
 
What a blog seen hardly like these blogs nice stuff i9n the blog thanks for the blog dude thanku very much....:),737151,http://forumcakapberapi.blogdrive.com/comments?id=162
mulberry for sale
April 22, 2012   10:55 PM PDT
 
Venice resident Rhonda DeVictor said she noticed the empty lot when she first moved into the neighborhood 12 years ago,843803,http://forumcakapberapi.blogdrive.com/comments?id=162
Ober
October 22, 2009   02:56 PM PDT
 
huhuuuu....windu katt korang sumeer ....
Ober
October 20, 2009   04:44 PM PDT
 
Weh.....lama siot x jumpa dak2....aku rasa rindu lak....tringin nk jumpa bob ......dah bape album rap agaknyer dia dah buat...
ucop
October 11, 2009   12:14 AM PDT
 
marvellous!!!!!!!!! bravo bro..
ail
October 9, 2009   10:32 PM PDT
 
Abg Sanip ade pembetulan skit la...

1. Lanjid bekerja dgn J.A ventures
sbg aku pun x tau jawatan die serta
amikk a.c.c.a la bukan kt YPJ
Amat
October 8, 2009   06:48 PM PDT
 
weh aku tmbh bab guntur tu jela..yg lain abg sanip yg buat
rezib
October 8, 2009   03:57 PM PDT
 
amat, ko yg buak caption kannn.... anda mmg vavviiiiii !!! lagi vavviii dari hatta hamid...oppps :-)
gaLak
October 8, 2009   12:36 PM PDT
 
bab nasi tambah bg kat amat, pengolah lagu " BUS STATION " nyanyian boB.. mmg luar sumpahan, tp makan dalam woo.. anip je yg ade penawar!!
Amat
October 7, 2009   04:36 PM PDT
 
Bro, aku tergatal tangan gak bukan mengedit, tapi menambah lauk kat entry ko ni... itu di luar sumpahan ko kan
anip
October 6, 2009   06:34 PM PDT
 
Rezib : aku menyampaikan amanat kau itu ari jek.

Paijoe : Akan dipikirkan. Banyak juga dosa menulis entri kat cakapberapi ni.

Amat : Asik gua je yang kena. Kali ni lu org la plak.

Galak : betol2 kaww
gaLak
October 6, 2009   05:47 PM PDT
 
kapal selam e..nak mnyelam kat bekok? plus, aku ade wat side income jual kopi kapal api!
Amat
October 6, 2009   04:22 PM PDT
 
Abg Sanip ngelat, dia dapat escape org dari mengata dia.. patut la beriya nak tulis..hehehe..

Congrat bro, caption tu sok la aku mskkan, byk sgt html coding nk kena buang la.poning den.
Paijoe
October 6, 2009   04:02 PM PDT
 
I love u ABG SANIP, too little la, mintak ABG SANIP buat part 2 laks, sampai hari raya next year pown no hal...keep writing cam syiyal.
rezib
October 6, 2009   03:33 PM PDT
 
abang sanip...anda memang vavvviiii ;-)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments