|
Setelah berapa lama terperap akhirnya undi suka-suka kali ini terpaksa ditulis oleh saya, dek kerana kesibukan En. Amat kita dengan kerjayanya ataupun kesibukan berjaga malam dek penangan anaknya yang suka bangun bersahur pada pukul 3.00 pagi, maklumlah lahir ke dunia ketika orang lain sibuk berpuasa. Undi suka-suka kali ini mencari awek paling innoncent yang sudah tentulah saya tidak akan tersenarai sama sekali, begitu juga saudari Shamsiah sebab sudah tentulah dia menjadi awek paling hot. Apa "barang" pulak dah jadi paling hot nak bertukar kepada innoncent pulakan? Sebab utama lagi satu En. Amat tidak menulis kali ini kerana dia tidak pernah mempunyai skandal dengan awek-awek tersebut hingga tidak membolehkan dia membuat deskripsi yang tepat mengenai awek-awek tersebut….untuk itu sebagai dasar kawan yang suka membuat komplot bersama, terpaksalah saya terima tugasan kali ini dengan istilah "paksa rela" sebab En. Amat turut memberikan saya dateline untuk menghantar tugasan kali ini…kalau dia yang buat takde pula bebudak lain yang berikan dia dateline, sungguh tidak adil En. Amat ini… Beberapa nama pelajar puteri telah dicalonkan, dan tentunya mereka memang telah termaktub akan keinnoncentannya berdasarkan beberapa ciri iaitu: 1.Turun tangga untuk pergi ke library sudah tentu sama sekali tidak akan memandang kelas 5/1. 2. Tidak akan bertenggek di koridor kelas pada hari Jumaat semasa bebudak lelaki pergi solat jumaat. 3. Tidak perlu berasa berdebar-debar samada akan ada surat atau tidak di dalam meja masing-masing pada pagi isnin. 4. Yang penting tak perlu takut, Ustaz Zainal panggil nama untuk sessi bersanding samada bersanding berdua, bertiga dan paling sadis berempat (aku tak pasti ada @ tidak 4 orang…engkau 3 orang kan Mat?). Dan yang penting, mereka semua memang jenis yang bersopan santun….Dan untuk itu, pemenang-pemenangnya adalah seperti berikut:- ![]()
Naib Johan – Suryati Md. Yassin
Tempat ke-3 : Yusliza Md. Nin & Noriah Nordin
Itu sahaja serba sedikit yang saya boleh huraikan mengenai rakan-rakan "innoncent" saya, disebabkan faktor masa yang menyebabkan saya tidak mengingati sangat peristiwa-peristiwa masa sekolah dahulu, lagi satu mereka di atas sangat bersopan santun dan tiada rekod jenayah yang dilakukan semasa di sekolah dahulu…..Akhir kata, kepada pemilik nama-nama di atas, minta maaf andai terasa hati dan untuk kawan-kawan yang membaca, jangan kutuk cara penulisan aku yang ala-ala "innoncent" ni…..
Yang tak berapa innocent, Ramlah Talib |
| syasha November 30, 2009 03:24 PM PST mELAH...KAU MMG BIAS.NAPE X MASUKKN NAMA AKU SEKALI.AKU INNOCENT PE!!!! | ||
| Amat October 30, 2009 12:05 PM PDT sapa nyanyi nasyid ni joe? penyanyi asal | ||
| Paijoe October 28, 2009 05:22 PM PDT Aku nk sambung lirik quoted by Suryati.. "Hati kalau terlalu bersih, pandangannya kan menembusi hijab...2x, "Tapi hati bila dibohongi, bisikannya bukan lagi kebenaran" 1st line aku, 2nd line anep & pekG | ||
| anip October 21, 2009 09:00 PM PDT guntur : Ko mana nak kenal minah2 ni. Lepas PMR nko masuk MCKK. yaya : sebetulnye org yg patut menang adalah engkau. Engkau mana pernah (allegedly) hagul kepala elanie junita ke dinding. melah : masa ko tulis entry ni perasan tak anak jiran ngkau ngintai dari atas loteng. pekji : tapi ko tak pernah paste lirik lagu nasyid. So suryati lagi terer dpd ngkau. Aku harap lepas ni rezib, yaya pedas dan nurul anuar x membalas komen aku dgn soalan seperti berikut, and i quote : motifff?? mencik | ||
| pekji October 20, 2009 07:17 PM PDT selain dari aku, aku rasa suryati je yg ckp benda yg sopan dan bermanfaat kat blog ni... | ||
| rezib October 20, 2009 11:57 AM PDT Melah...ko takde masa 'mengenali' mereka2 ini krana apa? apa yg anda sibukkan ketika itu? sebuk berchenta kah?...oit jgn marah :-) | ||
| Suryati October 20, 2009 11:08 AM PDT Apa-apa saja lah. Tak kisah. Yang pasti kenangan biarkan kenangan. Setiap orang punyai pandangan yang berbeza. Ada orang suka kita dan ada pula yang benci kita. Yang penting...pandangan kita pada Allah. Kdgkala kawan baik itulah musuh kita. Dan musuh kita adalah kawan terbaik kita. Apa-apa pun...menang ke kalah ke...itukan undi suka-suka....su tak kisah. :) p/s:Teringat nasyid ni "Pandangan mata selalu menipu" "Pandangan akal selalu tersalah" "Pandangan nafsu selalu melulu" "Pandangan hati itu yang hakiki..kalau hati itu bersih" | ||
| Amat October 19, 2009 04:30 PM PDT siot je melah mengutuk aku... pasni buat undi awek suam2 kuku plak la | ||
| melah October 19, 2009 04:15 PM PDT yaya: aku tulis brdsrkan undian...sbb suryati dpt undian ke-2 tertinggi...yg pnting kita tidak akn msuk undian ini...hehe | ||
| Yaya October 19, 2009 03:53 PM PDT melah, aku rasa tpt ke -2 x betul lah... spttnya adibah samiyah ngan izyani boleh share tpt pertama... org x undi dia ni sbb x bapa knl dia kot.. dia kira lagi iinnocent lah kan... | ||
| guntur October 19, 2009 03:19 PM PDT SEMUA NI AKU KENALLLL SESANGAT | ||
| Leave a Comment: |