Entry: GENG PERASAN KUAT Tuesday, October 27, 2009



“Ishhh… korang jangan buat gila. Malam ni saper mangsa kita ni? Biar betul kita sebagai gangster budak putera takde orang kita nak pukul. Baik jadi ulat buku macam Washid Isnin. Abis jahat pun pow ration budak”. Kata Sniff pada gua.

“Tu la, gua dah bosan dah belasah budak mamak tu. Macam dah takde rasa…Dah tu, tiap2 minggu sebat dia. Kaki Nurul pun dia dah cium”, kata Amat pulak menyerlahkan kedurjanaan beliau.

“Betul jugak tu. Nanti saya fikir. Sape nak kena hempuk…..” kata gua yang berbudi bahasa.

Benda yang jahat memang ilhamnya cepat. Kalau nak suruh gua atau Penchu hafal karangan arab 'inhilalul akhlaq baina syabab fi malizia' tu memang lah lambat...

“Eh, budak xxx ni tak kena lagi. Dorm Khaldun. Boring gak asyik port kat Dorm Shafii je. Dah la ketua Dorm dia Rezib. Langsung tak kaki pukul. Gua dengar mamat ni merembat duit. Betul tak betul, blakang kira” (INI GUA KONFERM, IDEA DARI SNIFF NAK PUKUL MAMAT NI).

"Takpe, biar saya buat cerita, duit yang dia rembat tu duit Kadet Bomba. So, secara automatiknya, ada lah alasan kita malam ni", kata gua selaku Pengurusi Kadet Bomba.

*****

PAda masa kejadian lebih kurang pukul 1 atau 2 pagi, lanun-lanun yang perasan kuat menyerang masuk dorm Khaldun. Memang la rasa kuat, tujuh lawan satu. Gedebak gedebik gedebuk.

Madon - tumbuk ceduk.

Pejal - setan dah masuk badan

Penchu - macam main takrow

Amat - hikmat dua belah tangan

Sniff - gaya serve voley ball tak masuk

Icut - gua dah lupa

Pekji - kasut Vans

*****

Keesokan harinya, lepas sembahyang, Jenal buat announcement. Sape yang terlibat, sila megaku dekat Hares (sudah aruah) atau Fuad Ghani (belum lagi).  Masa ni gua dah terasa akan kegelapan dunia SMKAS.  Lebih gelap dari kehitaman Abg. Guna pembantu makmal.

Rupa-rupanya mamat yang mangsa tu dah lari balik rumah. Rumah di Labis. Tapi sama ada mendapat rawatan pesakit luar oleh En. Mat Jais (bapak Snifff / atuk Haikal) di Klinik Labis, tidak juga dapat dipastikan.

*****

Untuk mengekalkan kepailangan kononnya, kitorang mengaku dengan Fuad di depan stor merangkap bilik sidai kain sebelah dorm Syafii. Stelah berbincang secara muhabalah antara kami, kami memilih Fuad sebab Fuad yang rasanya lebih bertolak ansur memandangkan Fuad ni kadang-kadang kawan dengan Syukor yang boleh tahan juga jahatnya.

Saya masih ingat, kami mencadangkan supaya Penchu dicover oleh Fuad Ghana, tapi dia buat2 taktau je. Maklum la, Penchu ni Ketua Biro Sukan, dah tu pernah kursus bende ntah anjuran UKM. Memang nasib penchu lah elok-elok pakai seluar putih, pakai seluar hijau semula.


Bersambung...

(Tentang kehidupan kami selepas kes ini)

   12 comments

syasha
November 30, 2009   03:21 PM PST
 
g,barang yg lps jgn dkenang.malu budak yg kna belasah tu...dahla org kg aku!!!
pekji
November 3, 2009   09:01 PM PST
 
aku akan menulis sambungan cerita ini nanti bila aku malas. sebab bila aku rajin aku akan mengemop lantai rumah dan jamban.

***

wah dah wah dah islamiyahhh...

takbirrrrr...
takbirrrrr...
takbirrrrr...
nuyulhussin
October 30, 2009   09:22 PM PDT
 
eii...bla ms plak la mamat tue cium kaki mak ni? x sbr nk tggu smbgn hot story nie...
Amat
October 30, 2009   12:04 PM PDT
 
guntur ikut awek dia pindah kik
guntur
October 30, 2009   10:50 AM PDT
 
ain : bukan cabut..keadaan tak mengizinkan..memandangkan aku lebih bijaksana & bijaksini..aku lepas form 3 terpakasa sambung kat KIK
iki
October 29, 2009   01:08 PM PDT
 
macam baca novel.... woi pekji, bila nk smbung,,,, bini aku pun tgh tunggu nihh
pcu
October 29, 2009   11:20 AM PDT
 
name kursus tu SKAP, paijoe jd phtographr tetap utk team bola smkas........nk main jgn hraplaa
Paijoe
October 28, 2009   05:13 PM PDT
 
potong setim siut....cpt skit G. Aku sanggup byr utk article ni
ain fadzal
October 28, 2009   02:58 PM PDT
 
apesal ko cabut mase form 3 dulu, rugi guntur x jdk mafia skolah. :))
guntur
October 28, 2009   01:17 PM PDT
 
babi laaaa citer tak habis
zalie
October 28, 2009   12:18 PM PDT
 
Permulaan zaman kegelapan kawan-kawan ku yang menjadi WANTED sepanjang duduk di SMKAS. Setiap kejadian ada hikmahnya... (kapok)
Amat
October 28, 2009   08:55 AM PDT
 
siot jer... tapi respek la ko masih mengekalkan kata ganti nama 'saya' kat ayat ko tuh...

can't wait for the sambungan

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments